TIDUR yang berkualiti membantu seseorang untuk lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti harian pada keesokan harinya.

Badan yang letih akibat lena yang terganggu boleh membuatkan mood seseorang swing.

Menurut Hello Doktor, tidur yang mencukupi bukan sekadar waktu untuk badan berehat, malah memberi kesan positif kepada kesihatan.

SUMBER Ketut Subiyanto daripada PEXELS.

Berikut kepentingan tidur kepada manusia:

1. Meningkatkan memori dan kebolehan untuk belajar.
2. Mengawal selera makan.
3. Meningkatkan kualiti kesihatan kulit.

Sementara itu, Sleep Foundation berkata, cahaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi waktu rehat manusia pada waktu malam.

 

Tidur dalam keadaan gelap gelita mengurangkan gangguan semasa tidur berbanding tidur dengan lampu menyala.

“Kajian menunjukkan bahawa menutup mata sahaja tidak mencukupi kerana kelopak mata tidak dapat menyekat keseluruhan cahaya,” katanya.

SUMBER Ivan Oboleninov daripada PEXELS.

KURANG RISIKO KANSER

Selain meningkatkan kualiti tidur, terdapat beberapa sebab lain mengapa seseorang perlu tidur dalam keadaan gelap. Antaranya:

1. Ketegangan pada mata
-Pencahayaan walaupun rendah boleh menyebabkan mata menjadi tegang, letih, tidak selesa dan sukar untuk fokus.

SUMBER Andres Ayrton daripada PEXELS.

2. Obesiti
Cahaya menjejaskan metabolisme tubuh dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Satu kajian mendapati seorang wanita yang tidur dengan lampu atau televisyen yang dihidupkan berkemungkinan besar mengalami pertambahan berat sebanyak 4.5 kilogram.

3. Risiko kanser
Penyelidikan mendapati mereka yang terdedah kepada cahaya yang tinggi pada waktu malam berisiko mendapat kanser payudara dan prostat.

Baca juga: Tular tidur dalam Proton Wira, pemuda tak lari ditagih hutang akhirnya langsai RM1.2 juta, Ariff Peter inspirasi netizen

GUNA LAMPU BERKUASA RENDAH

Sleep Foundation turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mendapatkan tidur yang terbaik.

1. Pemilihan langsir yang gelap menyekat sebahagian besar cahaya luar dan menjadikan persekitaran bilik menjadi lebih gelap.

2. Penggunaan lampu berkuasa rendah semasa bersiap untuk tidur membantu peralihan bilik menjadi gelap.

SUMBER Polina Kovaleva daripada PEXELS.

3. Mengurangkan masa melihat gajet dua hingga tiga jam sebelum tidur.

Boleh gunakan tetapan cahaya paling rendah atau mod malam bagi mengurangkan rangsangan skrin yang menjejaskan waktu tidur.

Iklan

Baca juga: Solat dalam keadaan mengantuk, kena tidur dulu atau teruskan? Wanita wajib hadam ini

4. Nyalakan lampu laluan bilik air

Bagi mengelakkan orang tua terjatuh kerana tidur dalam keadaan gelap, boleh nyalakan lampu di laluan bilik air pada waktu malam.

SUMBER Anna Nekrashevich daripada PEXELS.

5. Memakai topeng mata

Jika orang lain mahu menghidupkan televisyen atau lampu, penggunaan topeng mata membantu seseorang menghalang cahaya ke mata.

Dalam pada itu, terdapat individu takut gelap dan lebih suka menyalakan lampu kerana ia memberi keselesaan kepada mereka.

Baca juga: Tidur dah lama tapi rasa tak puas, awas boleh bawa maut! Buat 9 aktiviti ini mengatasinya

Iklan

Baca juga: Dah cukup tidur pun, masih mengantuk. Mengapa ya? Ini sebab-sebabnya semua kena tahu

“Dalam kes tersebut, lampu hendaklah ditetapkan pada tetapan paling rendah.

“Mereka juga boleh gunakan lampu yang boleh disetkan masa supaya keadaan akan bertukar gelap selepas seseorang itu sudah tertidur,” tambah Sleep Foundation.

Dengan tidur yang cukup, secara tidak langsung kita akan menjadi lebih positif dan bersemangat untuk perkara yang kita lakukan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!