MASA tidur kita berubah dengan usia kita. Secara umumnya, orang dewasa memerlukan enam hingga lapan jam tidur setiap hari.

Malah, kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala warga emas (mereka yang berumur 60 tahun ke atas) hanya memerlukan empat hingga lima jam tidur setiap hari.

Kesukaran tidur, lebih dikenali sebagai insomnia, merupakan masalah kesihatan yang dihadapi oleh ramai pesakit di Malaysia.

Insomnia merupakan perasaan yang subjektif di mana seseorang itu berasa kekurangan tidur atau berasa tidak puas sedangkan seseorang itu telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Punca-punca Insomnia;

Kadang-kadang gangguan tidur ini terjadi tanpa sebab yang boleh dikesan, kebanyakan kes terjadi kerana ada pendorong lain seperti;

  • Ada penyakit lain dalam badan
  • Kesihatan terganggu
  • Stres belebihan
  • Masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik
  • Gangguan seksual
  • Gangguan televisyen, komputer dan telefon
  • Bunyi bising persekitaran seperti pasangan berdengkur

Baca juga Akibat microsleep DJ Mek Zura kemalangan. 5 info ini wanita perlu tahu

Postur badan ketika tidur pun penting untuk tulang, elak terkena skoliosis

Gejala Insomnia

1. Sukar untuk mula tidur (jumlah masa yang diambil daripada masa melelapkan mata sehingga masa mulanya tidur).

2. Bertambahnya masa tidur yang tidak nyenyak.

3. Kerap terjaga lebih awal daripada masa bangung biasa.

4. Merasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari.

Kompilasi Insomnia

1. Letih dari segi fizikal dan mental

2. Keresahan dan panas baran

3. Risiko kemalangan meningkat (contohnya risiko jatuh)

4. Kemerosotan prestasi aktiviti harian yang disebabkan oleh gangguan ingatan dan kesukaran memberi tumpuan

5. Kadar kematian meningkat

6. Risiko penyalahgunaan dadah

7. Risiko penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

Baca juga Dah cukup tidur pun, masih mengantuk. Mengapa ya? Ini sebab-sebabnya semua kena tahu

Elak makan sebelum tidur, petua rasa segar ketika bangun pagi

 

Cara mengatasi masalah tidur atau Insomnia

1. Kosongkan fikiran atau berkhayal dari semua perkara

Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Sama ada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring.

Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil.

Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

2. Beristirehat waktu malam

Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat di waktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam.

Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam.

3. Elakkan minum air berkafein

Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam serta elakkan makan makanan berat, satu hingga dua jam sebelum tidur.

4. Elakkan dari bunyi bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menggangu tidur seseorang. Bagi anda sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising.

Tutup sumber bunyi-bunyi yang bising seperti radio yang dipasang di radio, telefon bimbit dan laptop. Jika mahu juga pasang, boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Jika anda mendengar bacaan zikir dan al-Quran itu adalah lebih baik.

Iklan

destinasi riadah

5. Riadah waktu petang

Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda.

Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

6. Tutup semua sumber cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur.

Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar.

mandi

7. Mandi supaya badan segar

Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum Maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.

8. Pastikan tempat tidur nyaman dan selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita.

Iklan

Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau, basah dan sebagainya. Ia boleh menganggu keselesaan anda tidur.

9. Baca doa sebelum tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari ALLAH. Banyakkan berzikir dan berdoa juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti.

Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati ALLAH.

Tidur adalah satu keperluan penting dalam diri manusia. Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya masalah tidur berterusan.

Doktor akan menilai dan melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti masalah insomnia yang dihadapi.

Pengunaan pil tidur seharusnya dipandu dan digunakan sahaja sekiranya terdapat keperluan dari segi perubatan.

Pengunaan ubat yang silap mungkin akan melaratkan masalah tidur dan menyebabkan masalah bergantung kepada ubat-ubatan untuk tidur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!