JIKA korang adalah pengguna iPhone model sebelum iPhone 6s, ini berita kurang baik.

Ini kerana ada khabar angin menunjukkan bahawa Apple merancang untuk menghentikan sokongan iOS 15 untuk iPhone SE, iPhone 6s, dan iPhone 6s Plus.

Katanya juga ini berlaku setelah Apple mengekalkan keserasian iOS 14 dengan semua peranti tersebut pada tahun ini.

Menurut sumber, ini bermaksud bahawa iOS 15 hanya akan menyokong pada iPhone berikut:

  1. iPhone 12 Pro Max
  2. iPhone 12 Pro
  3. iPhone 12 mini
  4. iPhone 12
  5. iPhone 11
  6. iPhone 11 Pro
  7. iPhone 11 Pro Max
  8. iPhone XS
  9. iPhone XS Max
  10. iPhone XR
  11. iPhone X
  12. iPhone 8
  13. iPhone 8 Plus
  14. iPhone 7
  15. iPhone 7 Plus
  16. iPhone SE (2nd generation)
  17. iPod touch (7th generation)

Baca juga Memang ‘power’, dron DJI Mini 2 berat cuma 249 gram dilengkapi teknologi canggih

Antara sebab utama kemaskini bagi model-model ini tidak lagi ditawarkan adalah kerana tidak memiliki spesifikasi yang cukup baik untuk menjalankan iOS 15.

Selain itu, penawaran kemaskini terbaru ini sekali gus merupakan strategi syarikat pengeluar dalam mendesak pengguna untuk mendapatkan model yang lebih baru.

Iklan

Setakat ini, masih belum diketahui lagi ciri-ciri baharu yang bakal tersedia buat iOS 15.

Apple iOS 15 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada September tahun hadapan manakala versi beta bakal ditawarkan sekitar bulan Jun 2021.

Iklan

Justeru buat korang yang masih lagi memakai model iPhone seperti dinyatakan, bolehlah bertindak sesuatu dari sekarang! Mungkin juga korang boleh ‘grab’ model terbaharu mereka.

Sumber: 9TO5MAC