Buah anggur bukan hanya sedap dimakan tapi berkhasiat

No Image Caption
A
A
A

BUAH anggur merupakan buah kegemaran ramai. Lagi sedap dimakan jika kita sejuk bekukan dalam peti ais. Rasa seperti makan aiskrim anggur segar. Ini antara khasiat anggur hitam.

1. Mencegah penyakit jantung

Buah anggur mampu meningkatkan kadar nitrat oksida dalam darah. Nitrat ini mampu mencegah pembekuan darah dan membantu meningkatkan kesihatan jantung. Selain itu nitrat yang terkandung dalam darah turut membantu mengatasi masalah darah tinggi dan masalah arteri.

2. Mencegah kanser

Buah anggur juga baik untuk mencegah kanser. Ini kerana buah anggur mempunyai senyawa organik yang membantu melindungi tubuh daripada sel kanser.

3. Menjaga buah pinggang

Ekstrak buah anggur mengandungi campuran polifenol yang bersifat antioksida dan anti-inflamasi yang membantu mengatasi masalah pada buah pinggang.

4. Menyihatkan mata

Memakan buah anggur dapat memberi anda mineral yang cukup dalam mengatasi masalah rabun jauh atau dekat. Menggurangkan risiko buta dan katarak. Selain itu, buah anggur juga menggandungi antioksida lutein dan zeaxanthin yang mampu melindungi mata daripada terkena radiasi.

Berikut merupakan antara khasiat buah anggur. Semoga bermanfaat buat anda.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: liputan6 dan unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca