SEPERTI yang kita semua tahu, daun pegaga adalah sejenis ulam-ulaman yang boleh dimakan bersama nasi serta dicicah dengan sambal belacan.

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. Jadi anda boleh cuba tip ini di rumah:

Antara apa yang daun pegaga boleh buat untuk anda ialah:

1. Meredakan keradangan kulit

2. Menyembuhkan jerawat

3. Menghasilkan sel kulit baru

4. Menghasilkan kolagen secara natural

5. Mengilangkan bintik-bintik hitam di muka

Iklan

Bahan-bahannya :
1. Daun pegaga
2. Tepung jagung
3. Air

Cara-caranya :
Hiris halus-halus daun pegaga dan campurkan daun pegaga dengan air. Kemudian blend bersama sehingga hancur. Masukkan daun pegaga yang sudah blend tadi bersama tepung jagung. Kacau adunan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi pekat.

Sapukan ke seluruh wajah (elakkan bahagian mata). Lepas tu biarkan selama 15 minit sehingga kering. Sesudah kering anda boleh basuh wajah anda menggunakan pencuci muka.

Iklan

Sebenarnya mudah je nak wajah cantik dan mulus, ada 1001 cara anda boleh buat tapi kena rajin bak kata orang ‘beauty is pain’, kan? Selamat mencuba!

Sumber: iflawless, bidadari.my
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif