Buat roti canai homemade, mudah jer rupanya...

No Image Caption
A
A
A

ROTI canai adalah salah satu makanan yang wajib bila sarapan. Kalau dapat pekena roti canai di kedai mamak sekarang ini kan best! Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini banyak kedai makan yang terpaksa ditutup, ataupun boleh beli bungkus sahaja.

Tapi takkan setiap kali mengidam roti canai nak pergi mamak je kan. Apa kata anda cuba buat sendiri roti canai di rumah? Di sini, Sinar Plus nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk menghasilkan sendiri roti canai. Simple je!

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

1.5 gelas air

1 biji telur ayam

1/4 susu pekat manis

1 sudu makan marjerin

2 atau 3 sudu makan gula

1 sudu teh garam

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Mula -mula campurkan saja semua bahan di atas. Tak perlu uli lama-lama, asalkan sudah jadi doh dan semua bahan sebati. Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada 12 biji. Ini terpulang kepada anda nak buat berapa biji.

3. Selepas itu, sapu marjerin dalam bekas. Untuk mengelakkan doh daripada melekat pada bekas tersebut. Doh juga boleh disapu dengan marjerin ataupun minyak. Perap doh lebih kurang dua jam.

4. Selepas dua jam, anda bolehlah tebar roti canai dibelakang talam atau di atas meja makan yang telah dilapik plastik.

5. Jika anda tidak mahir tebar doh, anda boleh tarik-tarik sahaja doh sehingga kelihatan nipis.

Bila sudah siap tentu anda akan berpuas hati, sebab cara membuatnya sangat mudah. Selamat mencuba!

FOTO: Youtube

PENULIS: NURUL ADRIANA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca