Buat roti krim instant sendiri guna resipi paling mudah sekali, memang mengundang nostalgia!

MASIH ingat dengan roti krim yang biasa dijual oleh babu motosikal sewaktu kita kecil-kecil dahulu?

Roti tersebut biasanya didatangi dalam beberapa perisa seperti butter, vanilla, pandan dan jagung.

Ia sangat sedap dan sesuai untuk dijadikan sarapan pagi.

Walaupun pelbagai jenis roti moden mudah ditemui sekarang, namun makanan legend tersebut tetap tidak jemu dimakan.

Kini, agak sukar untuk menemuinya di pasar raya dan jika ada, mungkin di kedai-kedai runcit kecil sahaja.

Iklan
Iklan

Oleh itu, SinarPlus kali ini ingin berkongsikan resipi roti krim instant hasil perkongsian Farizah FieMarissa melalui satu entrinya di Facebook.

Baca juga: Mudah rupanya buat roti nan ekspres. Hanya 5 bahan, 45 minit siap!

Menurut wanita tersebut, hasil buttercream yang dikongsinya boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.

“Lebihan daripada inti yang telah digunakan boleh disimpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik sahaja.

“Ketahanannya adalah bergantung kepada tarikh luput bahan utama yang digunakan,” katanya.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

ROTI KRIM INSTANT

250 gram (g) krimwell [BELI DI SINI]
250g shortening

[BELI DI SINI]
125g gula icing [BELI DI SINI]
1 sudu besar creamy vanilla atau butter oil [BELI DI SINI]
Roti hotdog [BELI DI SINI]
Chocolate rice [BELI DI SINI]

 

Cara penyediaanya:
1. Putar krimwell, shortening, gula ising dan cream vanilla hingga gebu dan ringan.
2. Boleh lepa pada roti dan taburkan chocolate rice.
3. Sedia untuk dihidang.

Baca juga: Roti canai homemade garing & nipis, senang sangat nak buat tak perlu tebar pun

Nampaknya mudah sungguh nak disediakan.

Tambah Farizah, jika mahukan rasa coklat atau perisa seperti keladi atau pandan, anda boleh tambah perasa emulco mengikut kesukaan ke dalam bancuhan buttercream

.

Baca juga: Roti Sunshine perisa pandan. Sedap makan begitu saja atau disapu dengan kaya. Memang terangkat!

Baca juga: Wanita kongsi cara buat roti ‘benggali’ bakar legend bikin ramai terliur, melting habis!

Mak-mak yang selalu kalut nak sediakan bekal anak ke sekolah, boleh cuba resipi wanita tersebut.

Jimat masa dan dijamin anak-anak suka.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
nurul.shahamah

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

9 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago