PEMILIHAN pasu bunga yang sesuai amat penting ketika menanam pokok bunga. Pasu yang tepat mampu menjadikan pokok-pokok bunga hidup subur dan membiak. Dalam masa yang sama, laman rumah juga kelihatan lebih menarik.

Pasu bunga mampu memberikan wajah baru kepada halaman. Peletakannya mencorak dan memberi kelainan dan impak segera. Justeru pemilihan pasu bunga saiz yang sesuai mampu mengimbangi ruang dengan baik.

Tida mahu mengeluarkan kos tinggi membeli pasu bolehlah cuba membuat sendiri pasu bunga seperti yang dikongsikan pengguna Facebook, Zalina Zakari ini.

Baca juga: Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

CARA MEMBUAT PASU BUNGA DARIPADA BESEN PLASTIK:

Bahan:
Besen plastik [BELI DI SINI]
Gerudi (drill) [BELI DI SINI]

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Beli besen plastik yang bersaiz besar. Pilih besen yang sama saiz supaya susun atur pokok bunga nampak sekata dan cantik dipandang mata.

2. Gunakan gerudi untuk membuat lubang pada bahagian bawah besen plastik. Tebuk di bahagian tengah besen plastik terlebih dahulu kemudian diikuti di bahagian tepi besen plastik.

3. Lubang yang ditebuk pada bahagian bawah besen plastik tidak terlalu besar.

4. Masukkan tanah ke dalam besen. Tanamlah pokok bunga yang anda suka seperti biasa.

5. Supaya bekas pasu bunga besen plastik kelihatan lebih menarik, boleh letakkan kaki daripada simen di bawah bekas besen plastik.

6. Untuk lebih jimat, boleh membeli besen dari kedai barangan murah. Anda boleh mendapatkannya dengan harga rendah dalam kuantiti yang banyak.

Iklan

Baca juga: Senangnya tanam kangkung dalam baldi, tak perlu guna racun serangga. Jimat dan selamat!

TIP MEMILIH BEKAS TANAMAN HIASAN:
– Kenal pasti bekas atau pasu yang hendak dipilih sama ada daripada jenis simen, plastik, tanah liat, seramik atau daripada bahan terbuang.
– Pilih saiz yang sesuai dengan pokok bunga.
– Jika anda akana selalu mengubah kedudukan hiasan laman, pilih material plastik atau beg politena.
– Untuk tanaman yang mempunyai jangka hayat pendek, anda tidak memerlukan saiz pasu yang besar.
– Pastikan ia tahan lasak dan tidak mudah pecah.

Baca juga: Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Iklan

Sumber: Zalina Zakaria

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi