KATA orang, dari mata turun ke hati. Melihat paras kejadian bubur ini, sekali pandang pasti ramai yang bersetuju warnanya agak menarik perhatian bukan?

Sudah tentu ramai yang sampai menelan air liur hendak merasainya. Keenakan resipi ini diakui oleh tuan punya resipi ini sendiri dan mereka yang sudah mencubanya. Padanlah resipi ini tular sehingga hari ini.

Bagi penggemar bubur, pencuci mulut dan mereka yang gemar mencuba, apa kata rasai pula juadah ini. Pasti memberi kelainan rasa.

Resipi bubur candil keledek

Bahan-bahannya:

Sekilo keledek ungu
7-8 sudu besar tepung ubi
Sebiji setengah santan kelapa
Gula pasir secukup rasa
Daun pandan
Garam

Cara-caranya:

1. Keledek ungu dikukus sehingga empuk, kopek dan lenyekkan
2. Campurkan tepung ubi dalam 7 ke 8 sudu besar
3. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit.
4. Uli sekata sampai menjadi doh dan keledek itu tak pecah-pecah bila dibentuk.
5. Gentellah bulat-bulat. Terpulang ikut kecil atau ke besar yang disukai.

Iklan

6. Santan dari sebiji setengah kelapa dididihkan. Masuk daun pandan, gula pasir secukupnya dan secubit garam. Sudah mendidih, padamkan api dahulu.
7. Di periuk lain, didihkan air. Masukkan semua biji-biji keledek tadi. Bila dah terapung, tandanya dah masak.
8. Kaut semua masukkan dalam santan tadi.

Iklan

Artikel berkaitan: Sedapnya bubur pedas resipi tradisi Sarawak guna 35 ramuan  

Kalau nak masak terus dalam santan pun boleh, tapi nanti santan jadi ungu sangat warnanya. Boleh dicampur dengan jagung. Ni hanya opsyen, tak nak letak pun tak apa.

Didihkan santan lagi sekali, siap...

Selamat mencuba!

‎Kredit: Nor Haidah Md Said‎