KEPADA yang meminati makanan asli Padang Indonesia, Padang On Wheels merupakan pilihan tepat.

 Lebih 100 juadah bertemakan Bufet Ramadan ‘Takana Jo Kampung’ bermaksud teringat makanan di kampung, tersedia setiap hari. 

Pemilik restoran, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf berkata, sajian laku keras iaitu gulai tunjang menjadi kegemaran ramai akan disediakan sepanjang Ramadan.

“Gulai urat itu antara menu yang paling mendapat permintaan tetamu, selain daging dendeng dan rendang Minang.

“Jangan risau soal habis stok, kita tetap sediakan dan boleh makan sebanyak mana pun,” katanya.

Tambah beliau lagi, paling membangkitkan selera pelanggan sudah pastinya sambal hijau dan sambal merah.

 “Selain itu, air minuman dari Indonesia pun kita bawakan seperti air semangka, timun dan avokado.

 “Insya-ALLAH, makanan yang disediakan nanti dijamin sedap dan autentik,” katanya.

 ‘Takana Jo Kampung’ Padang On Wheels

Alamat: 92G, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, Petaling Jaya

Masa: 6 petang hingga 9 malam Tarikh: 16 Mac hingga 7 April 2024

Iklan

Menu Signatur: Sup daging, gulai siput, daging belado, rendang paru, gado-gado dan lain-lain

Harga: RM88 (dewasa), RM68 (atas 60 tahun) dan RM48 (kanak-kanak 4 hingga 11 tahun)

Facebook: Padangs On Wheels

Instagram: @padangsonwheels

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!