XIAOMI baru-baru ini memperkenalkan empat model terbaharu Redmi Note 11, sekali gus mengembangkan lagi legasi Redmi Note untuk pasaran antarabangsa.

Empat peranti tersebut ialah Redmi Note11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note11S dan Redmi Note 11 yang telah ditambah baik.

Jenama itu dalam satu kenyataan mengatakan, siri Redmi Note 11 sekali lagi menaik taraf sistem kamera, kelajuan pengecasan termasuk paparan telefon bagi menyahut cabaran untuk membawakan spesifikasi dan ciri lebih kukuh.

Siri Redmi Note11

“Selain itu, System on Chip (SoC) yang ditambah baik turut menjadikan prestasi telefon pintar tersebut lebih mudah diakses berbanding keluaran sebelum ini,” memetik kata kenyataan tersebut.

Berikut antara perincian lanjut Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S:

i) Kamera utama 108MP resolusi tinggi membolehkan imej yang dirakam lebih jelas dengan butiran sebenar.
ii) Dilengkapi sensor Samsung HM2 dengan saiz sensor 1/1.52 inci.

Siri Redmi Note11
iii) Kamera utama memanfaatkan teknologi binning piksel 9-dalam-1 dan dwi ISO asli untuk menyampaikan imej yang luar biasa walaupun dalam cahaya malap.
iv) Kamera kedalaman 2MP membolehkan pengguna mencipta kesan bokeh semula jadi untuk tangkapan jenis potret.

Baca juga Sedang mencari telefon harga bajet? Ini 5 senarai terbaik harga bawah RM500

Selain itu, Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan pemproses octa-core termaju Snapdragon 695 yang mana menawarkan sambungan 5G untuk prestasi lebih baik.

Iklan

Bagi Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula, fitur tersebut dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G96 octa-core termaju, sementara Redmi Note 11 dilengkapi pemproses Snapdragon 680.

Siri Redmi Note11Varian-varian tersebut didatangkan dengan pilihan warna Graphite Gray, Polar White, Atlantic Blue, Star Blue, Pearl White dan Twilight Blue.

Sempena pelancaran siri Redmi Note11, Xiaomi turut memperkenalkan sistem pengendalian generasi seterusnya, MIUI 13.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sistem pengendalian generasi terbaharu itu menawarkan peningkatan menyeluruh termasuk storan pantas, kecekapan pemprosesan pintar dan hayat bateri lebih lama.

Untuk maklumat lanjut, layari https://blog.mi.com/en/.