PANORAMA Lata Kashmir yang terletak di Empangan Pergau, Kampung Lawar, Jeli, Kelantan yang begitu mempesonakan telah menjadikan ia salah satu lokasi trending pilihan pelancong kini.

Perkataan Kashmir itu sebenarnya diberikan oleh pelancong asing selepas mereka terpukau dengan keindahan bukit-bukau dan gunung-ganang di sana yang dikatakan persis di wilayah terkenal di Pakistan.

Disebabkan pengunjung tidak putus hadir, telah memberi idea kepada keluarga Zulfadli Khuzaimah untuk mengusahakan Lata Kashmir Campsite yang terletak berhadapan empangan lokasi itu.

Menurut Zulfadli, beliau bersama abangnya, Zainuddin sanggup melabur kira-kira RM150,000 untuk membangunkan tanah seluas 1.2 hektar milik mereka.

Lata Kashmir

Beritahu beliau, kawasan itu pada asalnya merupakan kebun buah-buahan durian, rambutan dan dokong sebelum dibersihkan sedikit demi sedikit untuk dijadikan tempat berkelah.

“Projek ini sudah bermula pada tahun 2014, namun kerja-kerja pembinaan hanya rancak selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

Lata Kashmir

“Alhamdulillah, kini ia sudah menjadi destinasi pelancongan yang semakin dikenali,” katanya ketika ditemui SinarPlus sempena Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia-Kelantan baru-baru ini.

Dengan wujudnya Lata Kashmir Campsite, Zulfadli berkata, ia memberi peluang kepada orang ramai tidak kira yang datang berseorangan, berkumpulan mahupun dengan keluarga untuk bermalam, bersantai tenangkan fikiran atau memancing.

 

Selain itu, pelbagai aktiviti air boleh dilakukan seperti bermain pelampung tiub, berkayak, meredah jeram atau bermandi-manda.

Baca juga Mahu ketenangan, kita singgah ke kawasan air terjun. Perlukan privasi, jom kita glamping

Jika mahu lakukan aktiviti yang lebih ekstrem dan mengujakan, pengunjung dipelawa untuk berakit meredah arus jeram Sungai Pergau ke Gunung Reng sejauh 8 kilometer.

Lata Kashmir

Kata anak jati Jeli itu, pakej tersebut turut disediakan khas untuk mereka yang sukakan cabaran sambil menerokai keunikan lata lain di sepanjang Sungai Pergau.

“Lazimnya, aktiviti water rafting kami akan buat selepas air empangan dilepaskan supaya arus lebih deras dan menyeronokkan. Jika paras air biasa, memang kurang mencabar.

“Ekspedisi ini mengambil masa lebih kurang dua jam dan peserta akan dibawa menelusuri sungai untuk ke Gunung Reng. Di sana, peserta boleh mendaki 69 buah gua yang memiliki keunikan tersendiri,” ujarnya.

Iklan

Lata Kashmir

Menyentuh tentang fasiliti yang disediakan, Zulfadli berkata, pihaknya menyediakan lebih 10 buah khemah lengkap dengan tilam, kipas, surau dan kemudahan tandas pada harga bermula RM70 hingga RM150 semalam sahaja.

Baca juga Ini 4 port baharu healing terbaik di Lembah Klang & Penang, bonding cuti sekolah bersama keluarga

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, lelaki berusia 33 tahun itu merancang untuk membina tugu khas sebagai ikonik swafoto kawasan riadah berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau juga berhasrat menambah aktiviti lain seperti flying fox merentasi sungai.

Lata Kashmir

Iklan

“Banyak lagi ‘idea gila’ yang kami cuba untuk realisasikan, cuma sekarang ini memang tak menang tangan bila kami terima sambutan luar biasa,” ujarnya.

Lata Kashmir

  • Alamat: Empangan Pergau, Kampung Lawar, Jeli, Kelantan
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
  • Caj masuk: RM3
  • Facebook: Zulfadli Khuzaimah/ Lata Kashmir CAMP SITE

Lata Kashmir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!