TUMIT kaki yang merekah bukan sahaja menjejaskan penampilan kaki anda, tetapi membuatkan kaki kering, kasar serta menggelupas. Kadang-kadang rasa sakit. Nak berjalan pun rasa tak selesa.

Walaupun ia tidak membahayakan kesihatan, tetapi ia sebenarnya menandakan kulit anda terlampau kering.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Menurut pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering. Antaranya ialah:

  • Kurang minum air – menyebabkan badan kekurangan air dan lembapan
  • Kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • Sabun yang digunakan tidak bersesuaian dengan kulit
  • Merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
  • Amalan pemakanan tidak sihat
  • Berat badan yang berlebihan. Berat badan yang berlebihan juga boleh membuatkan tumit menjadi pecah kerana kaki mendapat tekanan dari berat badan.
  • Masalah kencing manis / diabetes

Cara lembutkan tumit kaki merekah:

1.Losyen/ Pelembab

Antara cara paling berkesan yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen. Seeloknya, pilih losyen yang bersumber daripada bahan organik, tidak terlalu wangi atau kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti Vaseline.

2.Belimbing buluh

Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.

Caranya dengan mengambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit korang perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik.

3.Lemon dan garam

Lemon adalah salah satu bahan yang sangat terkenal sebagai home remedy. Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.

Caranya mudah je. Hanya rendam kaki anda dalam air suam yang dicampur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan serbuk penaik. Wangi pun wangi. Wangian yang sangat semula jadi.

Iklan

4.Asam keping/Asam jawa

Sediakan beberapa keping asam keping. Campurkan dalam sebesen air suam dan rendam kaki selama 30 minit. Lakukan setiap malam. Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.

5.Minyak

Selain losyen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam. Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekali gus membantu meningkatkan kelembaban serta merawat rekahan.

Iklan

6.Minum air secukupnya

Air sangat penting untuk kulit agar sentiasa lembap dan tidak kering. Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan banyak masalah lain seperti letih dan sebagainya.

Jadi, pastikan sentiasa menjaga kebersihan kaki untuk lebih cantik, berkeyakinan dan lebih sihat. Semoga memberi manfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK