Cara buat Taufu Fa dekat rumah, boleh cuba sendiri!

resipi
resipi
A
A
A

SELEPAS berbuka puasa, mestilah kita cari pencuci mulut.  Apa kata anda cuba buat sendiri juadah pencuci mulut di rumah.

Mesti anda tahu apa itu taufu fa kan? Bukan sahaja dalam bulan Ramadan, malah di bulan-bulan yang lain pun taufu fa menjadi kegemaran ramai tidak kira waktu. Ada yang suka makan taufu fa panas-panas dan ada juga yang suka makan selepas disejukkan.

Ini resipi mudah yang boleh anda cuba di rumah.

Bahan-bahan:

- 300 gm kacang soya

- 2.5 liter air

- 2 helai daun pandan

- 2 sudu tepung jagung

- 1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone)

Bahan untuk air gula:

- Secawan gula

- 2 cawan air

- Sehelai daun pandan

Cara-cara:

1)  Rendam kacang soya selama 5 – 6 jam.

2) Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.

3) Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis.

4) Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi.

5) Kemudian, masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL – (Bancuhan A)

6) Seterusnya, lebihan air soya yang dikisar tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. Mesti digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

7) Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api. (Bancuhan B)

8) Setelah itu, kembali kepada bancuhan A dan kacau supaya sebati.

9) Kemudian, tuangkan bancuhan B ke dalam bancuhan A. Jangan dikacau!

10) Buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi taufu fa itu. Tunggu selama satu jam untuk taufu fa mengeras.

11) Sambil menunggu taufu fa mengeras, masak air gula.

Cara menyediakan air gula :

1) Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air.

2) Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

3) Hidangkan Taufu fa bersama air gula. Siap!

Nota:

- Sediakan 2 periuk yang berasingan

- Satu untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan taufu fa.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: HUNGRYAGAINPERTH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca