Cara mudah baiki TV rosak paparan berjalur guna Sellotape, boleh jimat beratus-ratus ringgit

KALAU televisyen rosak atau apa-apa peralatan elektronik, ramai yang ‘kecut perut’ memikirkan banyak ‘modal’ yang perlu dikeluarkan untuk membaiki.

Bermacam kerosakan yang boleh berlaku. Ada yang tak boleh dihidupkan, paparan jadi hitam atau berjalur-jalur.

Kalau dihantar ke kedai, pasti caj pembaikan mencecah beratus-ratus ringgit. Silap hari bulan kena beli TV baru.

Jangam bimbang, perkongsian daripada Eezwan Manaf ini boleh dijadikan panduan bagi anda yang berhadapan masalah TV rosak paparan berjalur.

Baca juga: Mudahnya cuci karpet, jadi macam baru ikut petua bibik, guna mop & 3 bahan ini

“Nak dijadikan cerita smart TV saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah menonton berjalur dan terus tak ada gambar.

“Dalam hati habislah kopak duit. Dalam masa yang sama tengah survey TV baru, haha,” titipnya.

Sementelah TV tak retak dan bahagian skrin LCD masih baik kerana baru digunakan tiga tahun, lelaki itu terfikir tak mungkin dia perlu membeli TV yang baharu.

Baca juga: Wanita ini kongsi DIY pencuci homemade guna tiga bahan jer. Siap bantu tanggalkan kesan karat!

Rupanya kerosakan ini boleh baiki sendiri dengan hanya menggunakan pita selofan atau Sellotape yang harganya tak sampai RM5.

Cara yang diperolehi Eezwan selepas mengikuti sebuah video di YouTube berjaya memperbaiki paparan skrin televisyennya.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Buka skru pada bahagian belakang TV kerana di situ terletak printed circuit board atau PCB.

2. Inilah bahagian PCB TV. Cari dua kabel warna putih seperti dalam gambar di bawah. TV jenama lain mungkin berbeza.

3. Eezwan mencuba beberapa kali dengan mencabut kabel berkenaan dan menampal Sellotape padanya satu persatu. Kalau yang A tak jadi, try yang B pula.

4. Ambil Sellotape ambil potongan kecil.

Iklan

 

5. Buka dua kabel yang ada pada PCB dan cuba tampal pita berkenaan pada bahagian kabel.

 

6. Beliau mencuba beberapa kali sehingga tampalan Sellotape terkena kepada bahagian yang betul. Jadi anda perlu mencuba beberapa kali sambil memeriksa paparan LCD TV sama ada ia sudah baik atau tidak.

8-Akhirnya berjaya!

Iklan

Kata Eezwan kalau hantar ke kedai membaiki peralatan elektrik mungkin LCD ditukar terus.

Jadi kalau TV anda jalur-jalur macam TV ni cuba baiki sendiri je, lebih menjimatkan dengan pita pelikat.

Selamat mencuba!

Baca juga: DIY air basuhan beras buat muka jadi mulus glowing, selamat dan jimat poket

Sumber: Eezwan Manaf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi