Cara mudah buat daging goreng kunyit lembut & juicy, bukan batang pinang pun jadi

A
A
A

PASTI buat penggemar daging gembira, ini cara mudah untuk mendapatkan daging goreng kunyit lembut dan juicy.

Masakan daging sememangnya menjadi pilihan ramai. Walaupun ia agak sukar untuk empuk dan perlu masa yang lama, ia masih menjadi bahan utama pelbagai jaudah kegemaran.

Jadi, bagaimana cara mudah masak daging yang lembut dan juicy ni sebenarnya?

Ini tip dikongsikan oleh Ummi Syuhada. Tak guna daging mahal pun tetap boleh lembut.

Memang confirm jadi walaupun bukan daging batang pinang.

Menurut Ummi Syuhada, apa yang penting adalah;

1. Jangan masak masa dia masih beku dan sejuk.

2. Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi.

Baca juga Cara simpan & defrost daging korban, 10 tip wajib buat elak keracunan

 

3. Kalau nak buat goreng-goreng atau masak kicap, daging perlu diperap dahulu dengan bawang putih, halia dan rempah.

4. Jika gulai kari atau kurma, masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana. Masuk daun pandan. Biar keluar air daging dan bagi ia sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit-sikit kalau kering sangat. Agak-agak daging dah mula tender baru tambah air lebih dan santan serta kentang. Masa ni dah boleh besarkan api.

Baca juga Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna ‘senduk sejuk’ jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!

5. Untuk perapan daging goreng kunyit, tip ini sesuai yang tak guna pressure cooker.

  • Perap dengan bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma, serbuk kunyit.
  • Tunggu sampai kering baru tambah sayur.
  • *Daging selama dia terperap dalam kuali tu dia melalui proses melembutkan urat-urat daging tu. Isi daging lebih juicy dan manis.
  • Kentang dengan lobak dulu baru bawang besar.
  • Goreng asing dulu supaya tak over cooked. Daging dah masak baru campur dan gaul-gaul kejap.
  • Tabur sikit lada hitam pun sedap.

Satu jenis lauk macam ni pun, ada kicap tuang atas nasi panas-panas boleh bertambah makan nasi. Hari-hari gulai pun bosan juga!

Cuba juga Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat!

Kredit: Ummi Syuhada

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca