Cara mudah & jimat tanggalkan wallpaper tanpa jejaskan cat di dinding. Hanya sembur dengan dua bahan ini jer!
WALPPAPER atau kertas dinding suatu ketika dahulu menjadi trending dalam dekorasi rumah.
Malah, sehingga kini, ia masih lagi mendominasi dan menjadi pilihan sesetengah orang untuk menghasilkan feature wall bagi menaikkan seri di dinding tertentu.
Mungkin wallpaper memang mudah untuk dipasang, selain punya corak dan pelbagai pilihan menarik. Kos pun tak terlalu tinggi.
Pun begitu, bagi yang gemar menggunakan wallpaper sebagai hiasan, ada masanya kita sudah bosan dengan corak yang sama.
Baca ni Kertas dinding serlahkan ruang. Berikut tip pilih material ini agar tak serabut, kekal lama
Jadi, mesti ada keinginan untuk tukar yang baharu, kan?
Selain itu, ada juga wallpaper yang lama-kelamaan rosak atau terkoyak.
Nak tak nak, kena juga cari material lain untuk buat replacement.
Justeru, bagaimana nak menanggalkan wallpaper dengan mudah dan tanpa meninggalkan kesan?
Sebenarnya ada cara yang cukup senang dan menjimatkan yang anda boleh lakukan sendiri tanpa perlu upah orang lain.
Tip tersebut dikongsikan oleh seorang penyampai radio yang dikenali sebagai Shah Gegar.
Menurut beliau, kaedah itu hanya menggunakan semburan air daripada dua bahan yang membantu memudahkan wallpaper ditarik tanpa menanggalkan cat di dinding.
Baca lagi Tanpa modal besar, DIY hias bilik air bajet tak perlu renovate
Okey, kita perhalusi bahan-bahan yang digunakan dan metodenya:
Bahan-bahan
Botol penyembur
Cecair pelembut pakaian
Scrapper plastik
Air panas dan air biasa
Cara mengendalikannya:
1. Tuang cecair pelembut pakaian ke dalam botol penyembur, ikut kuantiti yang diperlukan.
2. Setelah itu, masukkan pula air panas dan diikuti dengan air biasa.
3. Tarik bahagian wallpaper yang sudah tertanggal itu.
4. Semburkan air bancuhan tadi ke arah wallpaper yang tertinggal. Biarkan ia kembang seketika.
5. Apabila sudah kembang, tarik ia ke bawah dan lihatlah hasilnya. Wallpaper itu akan tertanggal dengan mudah.
Mudah jer, kan? Kalau macam ni min pun nak cuba buat juga nanti. Harap-harap menjadi petua yang dikongsikan itu.
Baca lagi Susun atur bilik stor ada caranya. Barulah lebih kemas, sistematik dan mudah cari barang!
Sumber: Facebook Shah Gegar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang