Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate tawar penjagaan wajah kulit yang lengkap dengan 4 produk utama
SAFI Malaysia, jenama penjagaan kulit halal terkemuka, dengan bangganya memperkenalkan rangkaian Safi Perfect White Exfoliate yang menggabungkan bahan-bahan terkini dengan harga berpatutan.
Pakar Jenama dan Penyelidikan untuk Safi Malaysia, Kazlina Kassim berkata, produk tersebut turut membantu mengurangkan penampilan bintik gelap untuk kulit sensitif, menjadikannya pilihan sempurna untuk semua jenis kulit.
“Safi Malaysia bertekad untuk membantu pengguna mencapai kulit yang berseri tanpa risiko dengan menawarkan alternatif yang dipercayai, selamat dan disahkan halal.
"Dengan Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate, pengguna kini boleh memiliki kulit yang lebih cerah secara selamat dan berkesan," ujarnya.
Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate menawarkan penjagaan wajah kulit yang lengkap dengan empat produk utama iaitu Safi Perfect White Exfoliate 10% Acid Serum, Safi Perfect White Exfoliate Whipped Cleanser, Safi Perfect White Exfoliate Toner dan Safi Perfect White Exfoliate Gentle Moisturizer.
Rangkaian berkenaan boleh didapati di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk kedai dalam talian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang