Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

KETUPAT nasi ekspres selalu menjadi pilihan wanita kerana ia lebih menjimatkan dan mudah disediakan.

Menjelang Syawal, ramai yang akan stand by ketupat nasi yang dipekkan dalam plastik pelbagai jenama.

Walaupun tak perlu menganyam kulit ketupat, jenuh juga merebusnya. Setiap kali merebus ambil masa satu jam sehingga sejam setengah. Kalau tetamu sudah nak sampai rumah, memang tak sempatlah nak rebus last minute.

Iklan
Iklan

Tak perlu risau, perkongsian Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh menjadi solusinya. Petuanya bukan sahaja boleh menjimatkan gas dan elektrik dalam kuantiti kecil malah anda boleh aplikasikan ketika merebus ketupat nasi

dengan stok yang banyak!

Baca juga: 5 petua elak ketupat nasi cepat rosak, tidak tahan lama

“Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker,” titip Yuhafiqah.

Ayuh kita lihat apa petua yang dikongsikan beliau, sangat simple tetapi berguna.

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Petua rebus ketupat nasi jimat gas dan elektrik

1-Rebus air hingga mendidih kemudian masukkan ketupat nasi.
2-Rebus selama 10 minit kemudian tutup api.
3-Biarkan ketupat nasi

dalam periuk dan tutup dengan penutup periuk.
4-Biarkan ia terendam selama 30 minit.
5-Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur dan rebus selama lima hingga 10 minit mengikut keadaan ketupat nasi itu.
6-Bagaimanapun petuai ni tak sesuai untuk anda yang menggunakan periuk tekanan atau pressure cooker.

Selamat mencuba!

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

17 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

18 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

18 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

18 hours ago