TERINGIN nak tanam sendiri sayur-sayuran atau herba di rumah, tetapi bimbang tak menjadi? Sebenarnya tak susah pun.

Selain menjimatkan duit kita dengan tidak perlu membeli sayur di kedai, penanaman sendiri juga boleh dijadikan salah satu aktiviti yang bermanfaat.

Salah satu pokok yang SinarPlus cadangkan adalah dengan menanam pudina dengan menggunakan kaedah hidroponik.

Perkongsian oleh Raudzah Arippin ini cukup menarik untuk dicuba. Sementelah, anda tidak perlukan ruang yang luas untuk teknik berkenaan.

Kata Raudhah, beliau menggunakan kaedah hidroponik ringkas untuk menanam pudina.

Seperti kebanyakan orang lain, beliau hanya mengikut panduan melalui saluran YouTube sahaja.

Dahulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnya.

Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:

1. Dapatkan anak pokok pudina yang mempunyai akar. Pembelian boleh dibuat di nurseri.

2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan).

3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.

Baca lagi Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.

5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis atau pastikan akar terendam dalam air.

Iklan

6. Masukkan baja air AB ikut sukatan mengikut panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina adalah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli secara online. Murah harganya!)

7. Seminggu atau dua minggu sekali kena potong potong pucuk pudina untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Periksa juga paras air dan kandungan bajanya.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Bekas air dan bakul tapis dibeli di kedai Eco.

Senangkan? Ada masa, anda semua boleh lakukan.

Iklan

SinarPlus sendiri rasa tertarik untuk cuba tanam sendiri daun pudina. Nampak mudah dan subur-subur daunnya kan.

Sebelah kanan itu ialah kangkung yang turut ditanam dengan kaedah hidroponik

Selamat mencuba!

Layari sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.