MERCEDES-BENZ Malaysia memperkenalkan varian C-Class serba baharu, C 350 e Plug-in Hybrid dengan gabungan kecekapan kuasa elektrik dan bahan api yang dipertingkatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, varian hibrid plug-in itu diyakini ramai kerana mampu mencapai sehingga 117kilometer (km) dalam julat semua elektrik.

“Kenderaan itu juga menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan sama ada mahu penggunaan mod elektrik sepenuhnya tanpa perlu bahan api konvensional.

“Disokong dengan enam tahun waranti bateri voltan tinggi tahun atau jarak pemanduan hingga 100,000km, kami menyampaikan inovasi termaju dan jaminan prestasi berterusan kepada pelanggan,” katanya.

C-Class

Berikut antara lain kelebihan C 350 e Plug-in Hybrid Serba Baharu:

  • Kapasiti bateri bervoltan tinggi dengan tenaga 25.4 kWh dan boleh dicas sepenuhnya untuk tempoh masa 2.5 jam dengan pengecas AC bersepadu.
  • Tampil dengan reka bentuk garis AMG bersama gril bintang krom dan rim aloi ringan 18 inci.

C-Class

Baca juga Saingan SUV kompak mewah, ini spesifikasi Mercedes-Benz GLA 200 Baharu buat anak muda teruja

 

Baca juga Mercedes-Benz lancar 3 model berkuasa elektrik serba baharu, lebih mewah dengan teknologi AI

C-Class

Iklan
  • Dilengkapi skrin LCD 12.3 inci dan paparan sentral skrin sentuh 11.9 inci dengan sistem multimedia MBUX terkini.
  • Ciri keselamatan termasuk kamera 360°, Blind Spot Assist, Active Brake Assist dan Perlindungan Kenderaan GUARD 360°.

C-Class

C-Class

Pratempahan dibuka bermula Mac ini dan untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my/C-Class.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!