BANYAK lagi stok daging di rumah dan tak ada idea nak masak apa? Apa kata cuba menu ringkas dan menyelerakan ini terutama jika dimakan dengan nasi panas.

Caranya tanpa minyak dan bersantan pastinya mengurangkan rasa bimbang mereka yang hendak berdiet atau terlalu rigid dengan kiraan kalori.

Yang pasti hendaklah beringat pesanan pihak kesihatan seperti Public Health Malaysia, makan daging hanya sebesar dua kotak mancis sekali makan ya.

Artikel berkaitan: Daging bakar acah-acah ‘Daging HariRimau Nanges’

*Daging Rebus Air Asam*

Cara masak:

– Daging direbus sampai empuk

Bahan-bahan dikisar:

1 biji tomato
5 biji cili padi (ikut suka jika nak pedas boleh masuk lebih )
2 ulas bawang merah
Ais asam jawa
Sedikit air rebusan daging
Gula
Garam
Sedikit belacan (kalau tak makan belacan tak perlu masuk)

– Semua bahan dikisar separuh hancur je

– Masukkan smua bahan yang telah dikisar tadi dalam periuk kecil. Jika nak kuah lebih boleh masukkan air lebihan rebus daging tadi…

Iklan

– Panaskan lebih kurang 10 minit bersama hirisan daging yang telah empuk tadi, perah air asam limau secukup rasa dan tutup api.

– Potong dadu tomato
– Mayang bawang merah
– Potong dadu bawang besar
– Hiris daun bawang jika suka

Semua bahan di atas ni digaul bersama air asam bersama daging tadi.

Iklan

Bahan tu cuma anggaran, boleh olah ikut suka nak lebih atau kurangkan ya..

Selamat mencuba!

Kredit: FB Resepi Masakan