Destinasi percutian penuh fantasi, The Wheel Estate Campsite yang berkonsepkan angkasa lepas idea curi perhatian ramai

BUKAN di Arizona, Amerika Syarikat atau di Martian Bubble Tent di Wadi Rum, Jordan, tetapi di Chuping, Perlis.

Demikian gambaran yang dibuat sebaik The Wheel Estate Campsite yang tersergam gah siap dibina di atas tanah sawah seluas kira-kira 0.4 hektar.

Ia sebenarnya merupakan tapak perkhemahan bertemakan angkasa lepas dan galaksi dengan signatur bulan bersaiz gergasi diletakkan di tengah kolam.

Pengusahanya, Jasmine Say dan suaminya yang mahu dikenali sebagai HB Chew ketika dihubungi berkata, binaan bulan yang ditempah khas itu mempunyai teknologi penjimatan kuasa dengan tetapan nyalaan lampu secara automatik pada waktu malam.

“Apabila menjelang malam, perkampungan glamping dan tapak perkhemahan ini kelihatan sungguh indah dan menjadi bertambah romantik dengan panorama purnama mengambang penuh,” kata Jasmine yang merupakan anak jati Perlis.

The Wheel Estate Campsite

Sebuah kafe kubah lut sinar juga menjadi tambah nilai kepada The Wheel Estate Campsite.

Kongsi wanita itu, pada asalnya tanah milik beliau mahu dibangunkan untuk destinasi pelancongan berkonsepkan kontena, namun idea baharu muncul secara tidak sengaja.

 

“Semua ini adalah hasil titik peluh suami yang berangan mahu mewujudkan tempat persaraan kami yang penuh fantasi. Tidak sangka pula pendekatan alam semesta ini ramai yang suka.

The Wheel Estate Campsite

“Kami sangat gembira apabila sambutan yang diberikan sangat orang ramai sangat memberangsangkan, meski baru dibuka secara rasmi pada November tahun lalu. Setiap bilik laku keras pada hujung minggu dan cuti sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut, Jasmine berkata, pihaknya menawarkan lima jenis penginapan dengan keunikan tersendiri.

Baca juga 5 lokasi glamping bajet murah, pakej lengkap dengan aktiviti outdoor menyeronokkan

“Kami menyediakan dua kamar jenis khemah kubah bersaiz 6 meter iaitu Jupiter dan Saturn yang boleh memuatkan hingga enam orang. Lengkap dengan kemudahan tandas, pantri, katil dan pendingin hawa.

The Wheel Estate Campsite

“Empat lagi unit iaitu Mars, Mercury, Venus dan Neptune sesuai untuk empat orang dengan kemudahan tandas kongsi yang terletak bersebelahan khemah,” katanya.

Buat pengunjung yang mahukan pengalaman bermalam di kamar berbeza, empat pilihan khemah Diamond Wooden dan lapan lagi jenis rumah kayu desain A boleh dipilih.

Baca juga Mahu ketenangan, kita singgah ke kawasan air terjun. Perlukan privasi, jom kita glamping

Ujar Jasmine lagi, lapan tapak perkhemahan lengkap dengan kemudahan asas juga disediakan kepada pengunjung yang membawa perkakas peribadi.

The Wheel Estate Campsite

Caj sebanyak RM50 dikenakan setiap satu petak.

Berita baik kepada anda yang berminat untuk merasai kehangatan bermalam di dalam kenderaan rekreasi, campervan, pihak The Wheel Estate Campsite turut menawarkan servis sewaan.

The Wheel Estate Campsite

“Harga yang kami tawarkan hanya RM380 semalaman. Boleh dikatakan caj yang dikenakan lebih murah berbanding tempat lain,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Baca juga 6 konsep libur gaya milenial wajib cuba, glamping tawar perkhemahan glamour dalam hutan rimba

Bagi menghilangkan rasa bosan, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan seperti memancing, berenang di kolam mandi, berbasikal, memanah dan bermain golf, selain bermain di atas trampolin gergasi.

The Wheel Estate Campsite

Iklan

Jika tidak mahu berpanas, pengunjung cilik boleh bermain pelbagai jenis aktiviti indoor seperti baling damak dan snuker mini secara percuma.

The Wheel Estate Campsite
Alamat: Lot 3862, Lorong 7(B) Belukar Lenga, Chuping, Perlis
Waktu operasi: 8 pagi hingga 9 malam
Pakej harga: RM80 hingga RM320
Facebook: The Wheel Estate Campsite
Instagram: @thewheelestate.my

The Wheel Estate Campsite

#rekreasipilihan

Konsep glamping di Malaysia semakin berkembang pesat ekoran keterujaan orang ramai yang ingin menikmati percutian yang berbeza, tetapi tetap selesa.

Soal harga bukan menjadi isu besar. Pengalaman yang diraih dan boleh dijadikan konten media sosial dengan capaian view yang tinggi lebih menjadi keutamaan bagi sesetengah orang.

Berikut SinarPlus senaraikan empat lagi rekreasi pilihan yang mengaplikasikan pendekatan sama dengan The Wheel Estate Campsite:

The Wheel Estate Campsite

Umea Glam Kundasang
Alamat: Jalan Golf Course, Mesilau, Ranau, Sabah
Pakej harga: Bermula RM290
Facebook: Umea Glam Kundasang
Instagram: @umeaglam.kundasang

Iklan

The Wheel Estate Campsite

The Hooton Retreat
Alamat: Lot 2773, Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Pakej harga: RM399
Facebook: The Hooton Retreat
Instagram: @thehootonretreat

The Wheel Estate Campsite

Sea Horizon Resort
Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor
Pakej harga: Bermula RM998
Facebook: Sea Horizon Resort 旭日の海
Instagram: @seahorizonresort

The Wheel Estate Campsite

A’moss Farmstay
Alamat: Jalan Amoss, Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, Pahang
Pakej harga: Bermula RM285
Facebook: A’moss Farmstay
Instagram: @amoss_farmstay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!