Diuji patah tulang belakang, Abang Belon luah hasrat mahu sambut raya. Ebit Lew taja pakej umrah. 'Tolong saya ustaz...'

No Image Caption
A
A
A

SETIAP ujian yang datang pasti terselit sebuah hikmah.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai insiden melibatkan seorang peniaga belon yang dikenali sebagai Zaim dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kejadian yang berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pada Jumaat itu mencetuskan pergelutan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Tidak hanya diuji dengan insiden berkenaan, Zaim atau lebih dikenali sebagai Abang Belon turut menanggung kesakitan akibat kecederaan serius termasuk patah tulang belakang.

Lebih menyayat hati, dugaan yang menimpa itu datang pada saat umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Syawal di tengah bandar ibu kota.

Namun, aturan ALLAH itu indah. Di sebalik keperitan yang menimpa, Abang Belon mendapat perhatian ramai, termasuk pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Ebit Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Irawan Ibrahim Lew berkongsi momen penuh sebak menerusi hantaran di Facebook apabila kedatangannya disambut dengan pelukan erat dan tangisan Zaim.

Artikel Berkaitan:

Lebih meruntun hati, beliau dengan nada sayu meluahkan hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti orang lain dan tidak menyangka akan terlantar kesakitan pada 1 Syawal.

"Alhamdulillah ziarah abang Belon Zaim. Sampai-sampai Zaim peluk menangis kuat-kuat.

"Ustaz saya nak raya. Tolong saya. Katanya tulang belakangnya patah," kongsinya.

Melihat penderitaan yang ditanggung Zaim, Ebit menghadiahkannya sesuatu yang lebih besar daripada wang ringgit iaitu tajaan menunaikan umrah sebaik sahaja anak kelahiran Jerantut, Pahang itu kembali sembuh.

"Allahukbar. Berat ujian Zaim. Orang Jerantut Pahang. Kadang kita rasa ujian kita berat rupanya ada lagi yang berat.

"Saya hadiahkan Umrah bersama saya bila beliau dah sembuh nanti. Doakan ya. Sayu tadi berbual dengan ibu ayahnya," luahnya.

Bukan itu sahaja, Ebit turut meluangkan masa bersama ibu bapa Zaim, merasai kesedihan mereka yang melihat anak tersayang terlantar sakit selepas insiden yang berlaku.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang