RAMAI yang berazam untuk berhenti merokok, tetapi biasanya niat itu terhenti di pertengahan jalan.

Tidak perlu untuk diperkatakan lagi, rokok memang sangat membahayakan kesihatan, tetapi masyarakat yang tidak mengendahkannya.

Para perokok ramai yang mengeluh kata, tabiat merokok memang susah mahu dikekang kerana ketagihan itu semakin menjadi-jadi jika ‘tak sedut asap’. Anda mesti fahamkan maksud yang ingin SinarPlus sampaikan?

Baca Tak jadi berhenti merokok ikut petua, boleh guna ubat bantuan

Dalam pada itu, dalam kalangan perokok, ramai tercari-cari apakah petua baharu untuk menghilangkan ketagihan?


Menjawab pertanyaan rawak itu, SinarPlus melayari Facebook Doktor Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan yang berkongsi pendekatan sesuai bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Sebelum itu, kata Dr Kamarul Ariffin, kebergantungan terhadap nikotin daripada rokok akan menyebabkan timbul simptom ketagihan apabila ‘sumber luar’ itu diberhentikan secara mendadak.

“Seseorang akan mengalami simptom ketagihan seperti lesu, kurang fokus, sakit kepala dan resah sekiranya perokok berhenti merokok secara drastik,” katanya sambil memberitahu, hal itu sering dijadikan alasan individu untuk tidak berhenti merokok.

Justeru, beliau menyenaraikan beberapa jenis ubatan bagi membantu perokok menghentikan tabiat merokok:

Iklan

1. TERAPI PENGGANTIAN NIKOTIN (NRT)
-NRT berfungsi mengurangkan ketagihan nikotin ketika proses berhenti rokok.
-Malah, ia boleh menyalurkan nikotin ke dalam badan secara terkawal.
-NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.
-Tampalan transdermal mampu menyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan.
-Sementara, gula getah oral yang berfungsi memberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang.

“Jika anda perokok tegar, yang mana satu ubat-ubatan yang menjadi pilihan? Bagi mereka yang gagal berhenti, jangan risau kerana gabungan kedua-dua rawatan NRT itu telah terbukti berkesan,” katanya.


2. UBAT TANPA NIKOTIN
-Ubat jenis ini boleh didapati dalam bentuk pil.
-Ia antara lain berfungsi untuk merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin. Bahkan, mampu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti rokok itu.

Iklan

Tidak sukar untuk membelinya, semua ubat boleh diperoleh di farmasi dan klinik kesihatan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagaimanapun, anda dinasihatkan menjalankan penilaian awal doktor sebelum mengambil ubat-ubatan itu ya!

Doktor atau ahli farmasi gembira untuk membantu anda.