SELEBRITI yang juga pempengaruh terkenal Farah Lee menerusi akaun media sosial miliknya berkongsi berita gembira dirinya kini kembali bergelar isteri.

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan sambil merangkul lengan suaminya bernama Fuad Hashim.

Tampil manis dalam busana pengantin rona hitam dan biru, penampilannya menarik perhatian apabila memilih sneakers sebagai pelengkap busana pada hari tersebut.

Bekas isteri kepada hos terkenal, Ally Iskandar itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan majlis pernikahannya.

Baca ni ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

farah lee

“Okay done kahwin lagi sekali,” demikian kapsyen yang dimuat naik ibu kepada Maream Esabel itu.

TAU TAU KAHWIN

Perkongsian tersebut meraih perhatian selebriti dan pengikutnya. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut kekal ke akhir hayat.

farah

‘Kapsyen dan hashtag tu takut. Barakallahulakuma @farahlee_ dan husband.’

‘Congrats Farah dan suami. Selamat bercinta ke syurga. So happy for you, farah.’

‘Hashtag dia… Okay pelamin kat bangi menanti. So happy for u farruf!!!! Ya Allah sebak.’

farah 1

‘Uishh tau tau kahwin. Tahniah Farah.’

Iklan

‘Masya-ALLAH. Alhamdulillah. Tahniah kak Farah. Smoga sakinah mawaddah warahmah till jannah,’

Untuk rekod, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012. Walau bagiamanapun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

farah 2

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang