BUKAN sahaja cantik, punya suara merdu, berani dan baik hati, Farah Lee juga berbakat dalam reka bentuk dalaman.

Demikian ayat gurauan yang dilontarkan empunya diri menerusi laman Instagram miliknya.

Hantaran yang dimuat naik bersama sepotong video berdurasi kurang 50 saat itu memaparkan sudut dalaman kediaman yang mendapat sentuhan dekorasi Farah.

Farah lee

“Sebagai seorang yang setia, saya suka rekaan retro dan akan marah kalau keluarga buang perabot-perabot lama yang klasik.

“Malah, saya juga seorang yang minimalis, saya akan pastikan ruang tidak padat supaya mata tidak serabut tengok itu ini,” ujar beliau.

Baca ni ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

 

KARAKTER DAN KEMAS

Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli itu turut menyelitkan rona terang bagi menaikkan suasana.

“Sebagai seorang yang ceria, saya memasukkan sedikit warna yang striking atau terang untuk menaikkan suasana terutama bagi ruang yang simple. Pada masa sama, saya juga tidak mengabaikan elemen industrial dalam rekaan saya.

farah

“Jadi, terimalah dapur yang direka sendiri oleh saya 100 peratus untuk rumah di Terengganu yang mewakili diri saya,” ujar Farah.

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

farah

Ibu kepada Maream Esabel Ally Iskandar itu turut menyiapkan rekaan berbentuk 3D sebelum diserahkan kepada kontraktor. Katanya kaedah itu bagi memudahkan kontraktor memahami konsep yang menjadi pilihannya.

“Saya juga terpaksa mengupah kontraktor lain memandangkan masih ada beberapa perkara yang membuatkan saya tidak berpuas hati dengan kontraktor sebelumnya.

“Kemudian saya pejam mata, uruskan perabot dan warna-warna dalam kepala. Inilah hasilnya,” ungkap Farah yang suka kediaman yang mempunyai karakter dan kemas.

Perkongsian tersebut meraih perhatian dan pujian warga maya. Rata-rata mengakui sentuhan Farah, walaupun simple tetapi cantik dan ada kelas.

Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

farah

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen tersebut:

‘Lovenya interior rumah Farah. Teringin nak pergi sekali.’

‘Cantiknya. Suka sangat, simple tak serabut. Best, kan kalau dapat rumah kampung.’

Iklan

‘Cantik. Kerusi dan meja makan paling legend.’

‘Suka simple and minimalis rekaan begini. Sangat cantik.’

‘Kita sama. Simple, kemas dan sedap mata memandang.’

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

farah

‘Meja makan kerusi baldu tu menggamit nostalgia. Rumah zaman dahulu memang akan ada set meja makan begitu.’

‘Cantik sangat konsep terbuka begini. Kemas.’

Pandai Farah memilih konsep rumah. Min suka tengok, berkali-kali ulang tayang video yang dimuat naiknya.

Iklan

Memang cantik kerana ada sentuhan vintaj, terus mengimbau zaman nenek moyang Min dulu. Kerusi itu memang rare, susah nak cari lagi sekarang. Kalau ada, mesti mahal.

Kata orang pemilihan konsep pun melambangkan diri kita juga. Betul tak?

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

Sumber: Instagram farahlee_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang