PAKAR bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini berkhidmat di London sering berkongsi gaya hidup sihat terutama selepas melahirkan anak sulungnya, Arabella Mia. Terbaharu dalam satu hantaran dilaman Instagram, suri hati Alexander Charles ini berkongsi info tentang penyakit darah beku di kaki atau deep venous thrombosis (DVT) dan penyakit salur darah paru-paru tersumbat (pulmonary embolism (PE).

Sebelum ini Dr Amalina pernah memuat naik beberapa keping gambar beliau bersiar-siar bersama puteri kesayangannya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi. Beliau kelihatan sihat dan bertenaga meskipun baharu empat hari bersalin.

Mungkin juga ada di kalangan warga maya yang berasa ‘seriau’ bila melihat Dr Amalina sudah mula berjalan-jalan meskipun baharu sahaja melahirkan. Dr Amalina tampil dengan fakta dan penerangan lengkap tindakan beliau berbuat demikian.

Baca juga: Bengkung bukan kempiskan perut, tak perlu pakai setiap hari, Dr Amalina jelaskan fungsi sebenar

“Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Jawapannya kerana saya ingin mengurangkan risiko darah beku. Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi untuk mendapat darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) dan darah beku ini boleh pergi ke paru-paru yang menyebabkan pulmonary embolism (PE),” kata Dr Amalina.

Berikut info tentang penyakit darah beku  ini:

Apakah simptom DVT di kaki?
– sakit, bengkak pada sebelah kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis)
– sakit mungkin lebih teruk apabila anda berjalan
– kulit merah, terutamanya di bahagian betis

Jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, keadaan ini boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE dan memerlukan rawatan kecemasan.

Apakah simptom PE?
– mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba
– mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang
– batuk berdarah

Baca juga:’Comelnya Bella berbaju kurung’-Anak Dr Amalina jadi perhatian warga maya

Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan anda dan sehingga enam minggu selepas kelahiran berbanding orang yang tidak hamil pada umur yang sama.

Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda:
– anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini
– berusia lebih 35 tahun
– obesiti (BMI 30 atau lebih)
– pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius seperti patah kaki
– mempunyai masalah blood clots (trombofilia)
– sedang mengandung anak kembar atau multiple babies
– telah menjalani rawatan kesuburan
– menjalani pembedahan caesarean
– merokok
– mempunyai vena varikos (varicose veins) yang teruk
– mengalami dehidrasi

“Mereka yang baru bersalin dan berisiko tinggi (selepas menjalani pembedahan caesarean) akan diberikan suntikan bagi mengelakkan darah beku. Digalakkan memakai TED stockings, menggerakkan kaki dan jari kaki seperti membuat bulatan bagi membantu pengaliran darah,” jelas Dr Amalina.

Baca juga: Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin

Iklan

Untuk info, TED Stocking (Thrombo-Embolus Deterrent Stocking) juga dikenali sebagai Anti-Embolism Stockings. Biasanya berwarna putih. Digunakan untuk mengekalkan peredaran darah pada bahagian kaki.

Bagaimana untuk mencegah DVT?
-kekalkan berat badan yang sihat
– kekal aktif – berjalan kaki
– minum dua hingga tiga liter air kosong untuk mengelakkan dehidrasi
– jangan duduk untuk jangka masa yang lama, bangun dan bergerak setiap jam
– jangan menyilang kaki semasa anda duduk, perbuatan ini boleh menyekat aliran darah
– jangan merokok
– jangan minum alcohol

Sebagai pengamal perubatan Dr Amalina pastinya sudah tahu tentang amalan dan gaya hidup yang mana sesuai dan tidak untuk diamalkan oleh wanita selepas bersalin. Paling penting, makan makanan yang sihat, banyakkan pergerakan walaupun perlahan dan kekalkan minda yang positif.

Iklan

Baca juga: Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

Sumber: Dr Amalina 

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi