ESKAYVIE  Sdn Bhd, peneraju produk kesihatan halal dengan kerjasama Cell Tissue Technology Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik serta eksklusif untuk penyelidikan bersama dalam bidang kecantikan dan kesihatan kulit.

Pengumuman itu diadakan di Pejabat MTDC Malaysian Technology Development Corporation baru-baru ini.

Kerjasama yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk lebih memahami, mengenal pasti masalah berkaitan kulit serta memberi solusi terkini dalam membangunkan teknologi kecantikan Eskayvie.

Eskayvie Menerusi kerjasama iru dapat membangunkan teknologi sel stem berpaten iaitu Collagen Inducing Growth Factors (CIGF™) hasil gabungan pengetahuan saintifik Eskayvie mengenai kesihatan holistik serta kepakaran penyelidikan dan pembangunan Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

Sekali gus membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit seperti VEGF, TGFb1, PDGF dan IGF serta menggalakkan kesan regenerasi kulit untuk mengatasi kedutan, pigmentasi, jerawat dan jeragat serta membantu kesan mencerahkan, meningkatkan kelembapan di dalam kulit, perlindungan antioksidan dan kesan anti-penuaan.

Eskayvie 1Malah, teknologi ini juga dikatakan dapat membantu memberi kesan pemulihan yang signifikan disebabkan oleh UVB.

“Eskayvie telah memberikan sepenuh komitmen selama 15 tahun dalam penerokaan inovasi dan teknologi terkini kerana kami yakin dengan kelebihan sains, formulasi terbaik dan keberkesanan penyelidikan klinikal dapat membantu para wanita diluar sana.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, kerjasama antara Eskayvie dan Cell Tissue Technology menjanjikan inovasi kepada pengguna.

Eskayvie 2“Kami juga sangat bersyukur atas kerjasama penyelidikan yang erat bersama pakar dalam teknologi kesihatan kulit iaitu Cell Tissue Technology.

“Melalui kerjasama ini juga, Eskayvie akan menerajui era baru kesihatan kulit melalui teknologi paten CIGF™, membolehkan setiap individu di Malaysia mendapat produk yang berkualiti dan berkesan untuk semua golongan,” ujarnya.

Untuk tujuan tersebutlah, pihaknya komited melabur RM 2 juta untuk memulakan penyelidikan bersama dengan rakan penyelidik dan memperuntukan sebanyak RM 50 juta secara keseluruhannya selama 3 tahun untuk memasarkan teknologi ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran luar negara.

 

Sementara itu, Managing Director Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin berkata, menerusi kolaborasi penyelidikan strategik itu dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaharu mengenai kesihatan kulit.

Eskayvie 3“Ia sekali gus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.

Iklan

“Sasaran kami agar pembangunan teknologi CIGF™ ini memberi manfaat dan dapat disebarkan ke pasaran lebih besar” katanya.

Eskayvie bakal melancarkan rangkaian produk menerusi teknologi paten CIGF™ di bawah jenama “Amarra”.

Kerjasama itu dijangka akan membuka pintu kepada lebih banyak penemuan baru yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi.

Pada masa sama, dapat memberikan pengguna akses kepada produk-produk terkini yang berkesan dan selamat untuk kecantikan dan kesihatan kulit mereka.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!