Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba

BILA sebut sahaja pegaga, sudah terbayang-bayang daunnya yang berbentuk bulat dan tumbuh merata kan?

Rupanya tumbuhan yang bernama Saintifik Centella Asiatica sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.

Iklan
Iklan

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, salah satu daripada khasiatnya adalah meningkatkan rasa segar pada otak.

“Anak-anak letihkan balik sekolah. Kita pun sama letih apabila pulang kerja. Apa kata buatkan jus pegaga untuk anak-anak.

“Jus pegaga ini tingkatkan rasa segar pada otak. Mengikut kajian, pegaga ini dapat ‘enhance’ memori. Bagus sangat. Boleh elak daripada terkena penyakit Alzheimer. Ia bertindak dengan halang sel dari toksid.

“Selain itu, manfaat lain pegaga ialah ia bersifat anti anxiety dan anti depressant menurut kajian dalam Malaysian Journal of Medical Sciences tahun 2016.

“Nak buat pun mudah. Saya biasanya cuba buat paling kurang seminggu sekali,” kongsinya di Facebook.

Boleh ikut cara ini;

1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.

2. Masukkan ke dalam pengisar.

3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.

Baca juga Patutlah tular! Resipi sambal hitam ekspress Dr Kamarul dikongsi 14 ribu warganet

4. Kisar.

5. Campurkan dengan madu atau gula kelapa.

6. Tapis dan hidangkan. Kalau nak sejuk masukkan dalam peti ais. Mudah dan cepat.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

4 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

22 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago