7 cara mudah tingkatkan tenaga setiap hari
BIARPUN di kebanyakan negeri masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), itu tidak bermakna korang hanya perlu duduk di rumah menonton televisyen sambil menikmati bertih jagung.
Ingat ya, PKPB tidak menghalang kita untuk beriadah atau melakukan aktiviti sihat. Asalkan menjaga penjarakan sosial dan tidak bersentuhan termasuk tidak mengunjungi kawasan sesak dan berisiko.
Justeru, alang-alang bersantai di kediaman pada hujung minggu jom luangkan masa berjoging atau berjalan cepat di sekitar taman perumahan.
Sekurang-kurangnya kita dapat menguatkan otot, sihat dan kekal bertenaga.
Bercakap soal tenaga selain bersenam, pemakanan dan aktiviti sampingan juga dapat membantu mempertingkatkan tenaga tubuh badan.
Perkara tersebut diakui oleh jurulatih kecergasan, Mohd Akmal Vahidi.
Menerusi posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini beliau berkongsi tujuh cara mudah untuk meningkatkan tenaga badan. Antaranya ialah:
1. Magnesium
Tingkatkan pengambilan magnesium yang kaya dalam makanan seperti kekacang, bijiran penuh dan ikan.[/caption]
2. Kerap berjalan kaki
Aktiviti itu menyumbang kepada peningkatan daya tahan kardiovaskular.
Tidur sebentar untuk cas semula tenaga badan di samping menguatkan memori otak.
4. Sarapan
Jangan skip kerana sarapan penting untuk sumber tenaga selepas badan berehat antara lima hingga tujuh jam.
5. Urus stres
Biasanya stres berpunca akibat tekanan kerja, fikir berlebihan dan lain-lain.
Semakin banyak otak bekerja, maka semakin banyak tenaga digunakan. Kita tak boleh elak stres, tetapi ia boleh diurus dengan baik.
6. Air putih
Minum air putih dengan kerap. Kekuranga air menyebabkan dehidrasi, hasilnya badan cepat letih.
7. Snek
Snek bukan semata-mata diambil antara meal utama.
Snek yang baik juga mengandungi kombinasi nutrisi seimbang seperti susu segar, yogurt dan roti disapu jem kekacang.
Sumber: Facebook @Mohd Akmal H Vahidi dan Canva
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang