(VIDEO) Alha Alfa kongsi tip tudung bawal Ayda Jebat kekal kemas, konsep solekan tiga negara

IRONINYA, bukan mudah ya menggalas tanggungjawab sebagai jurusolek khususnya buat ratu sehari.

Serba-serbi perlu diambil perhatian bermula daripada solekan bahagian mata, pipi, lipstik hinggalah pemilihan krim asas. Semuanya harus dititikberatkan supaya penampilan pengantin tampak cantik dan menawan tatkala duduk di atas pelamin.

Maklumlah, bergelar ratu sehari merupakan momen manis yang ingin dinikmati sekali sahaja untuk seumur hidup.

Berbicara mengenai tugas mencantikkan ratu sehari, perkongsian jurusolek tersohor, Datuk Alha Alfa di belakang tabir sepanjang menyempurnakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tular dalam kalangan warga net.

Iklan
Iklan

Artikel berkaitanDulu ikut ayah cari barang kitar semula, bawa ibu gadai gelang emas. Kini Alha Alfa jurusolek terkenal

Tidak keterlaluan menyifatkan hingga hari ini tip dan teknik yang dipraktikkan Alha masih diperkatakan. Satu daripadanya apabila beliau berkongsi cara ‘menyelamatkan’ tudung Ayda agar kekal kemas sehingga majlis pernikahannya bersama pengacara, Nabil Mahir selesai.

ALHA (kanan) mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menyempurnakan solekan Ayda yang diinspirasi daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Menurut Alha, pada awalnya tudung jenis bawal digayakan Ayda gagal untuk kelihatan kemas, tambahan pula ia berasaskan material sutera satin.

“Tudung bawal jenis sutera satin memang susah, namun ia menjadi pilihan bagi mendapatkan efek yang ekslusif dan beralun cantik.

“Jika memakai tudung bawal jenis kain kapas bimbang tidak kelihatan seperti pengantin. Nasib baik otak ini jenis tak duduk diam memikir dan terus terfikir.

“Sekiranya rambut boleh kekal berdiri dari pagi hingga malam, pastinya tudung juga boleh,” ceritanya menerusi laman sosial Instagram @alhaalfa baru-baru ini.

DENGAN menggunakan penyembur rambut, Alha berjaya membuatkan tudung bawal sutera satin Ayda terletak kemas dalam tempoh yang lama.

Justeru, tanpa melengahkan masa Alha segera mencapai penyembur rambut lalu menyemburnya di tudung bawal berkenaan.

“Alhamdulillah, terletak kemas tudung tersebut. Ini magisnya (penyembur rambut),” tulis beliau lanjut.

Pun begitu, bukan sahaja tudung, malah konsep solekan Ayda hasil jari-jemari Alha juga mendapat respon positif dalam kalangan wanita.

Bicara beliau, sememangnya mekap yang diterapkan sengaja ditebalkan dari segi krim asas dan bedak asas keluaran terbaharu kosmetik jenamanya.

“Sejujurnya saya tidak pernah mekap dan base setebal ini kepada Ayda. Bulu mata pun dihasilkan menggunakan teknik jahitan supaya matanya (Ayda) nampak berbeza daripada bentuknya.

“Tiga lapis ya bulu mata berserta bulu mata bahagian bawah tau. Paling menarik, bulu kening dilukis satu persatu,” ujarnya lanjut yang menyolek Ayda hampir tiga jam.

Tambah Alha, pelantun lagu Parah Parah itu inginkan kelainan dan enggan solekan konsep natural.

Artikel berkaitanTidak terkilan dengan keputusan ini, ibu tetap jadi keutamaan- Ayda Jebat

“Bersyukur, beliau (Ayda) gembira dengan solekan yang diinspirasi mekap kombinasi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand,” luah Alfa.

Direkodkan, Ayda dan Nabil selamat selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.

Sumber: @alhaalfa dan @aydajebat

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

1 hour ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

2 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

2 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

5 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

7 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

8 hours ago