Gagal ‘padam’ semula tatu, wanita ini kongsi derita lebih setahun hidup dengan empat kening

GARA-GARA mahu kelihatan cantik, seorang wanita mengalami mimpi ngeri apabila proses mencacah tatu pada bahagian kening menemui kegagalan.

Lapor Mirror UK, seorang wanita Thailand yang dikenali sebagai Nipapron Meeking sanggup mengeluarkan belanja sebanyak membayar 1,500 baht (kira-kira RM185) di sebuah klinik kecantikan kecil di wilayah Rayong, timur Thailand untuk tujuan tersebut.

Wanita yang berumur 32 tahun itu berbuat demikian dengan harapan akan memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik. Pun begitu, impiannya berkecai di tengah jalan.

 

Baca ni: Dulu beg pasar malam dan toto. Kali ini Balenciaga ‘buat hal’ perkenal ‘trash pouch’ ilham daripada beg sampah

Iklan
Iklan

EMPAT KENING

Bukan itu sahaja, beliau juga terpaksa menanggung rasa malu lebih setahun dek kerana memiliki empat kening (kening berlapis).

Difahamkan, pembikin tatu itu pada awalnya berjanji untuk membantu ‘memadam’ kembali tatu tersebut.

Pun begitu, pada keesokan harinya, kedai tersebut didapati sudah tutup dan pemiliknya pula gagal dihubungi.

“Saya dan rakan-rakan merancang untuk pergi bercuti, jadi saya inginkan kening yang cantik. Salah seorang rakan mencadangkan kedai tersebut. Selepas melakukan prosedur tersebut dan melihat cermin, saya hanya mampu terdiam tidak bersuara.

“Tidak lama selepas itu, kedai tersebut ditutup dan saya tidak tahu di mana pemiliknya sekarang. Saya melalui pengalaman yang teruk dengan empat kening di dahi. Mujurlah saya menemui pembikin tatu yang baharu,” kongsi Nipapron lagi.

 

KEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI

Menurut empunya diri lagi, pembikin tatu baharu yang berjaya ditemuinya berjaya ‘memperbetulkan’ kembali kening yang memalukan itu.

“Salah seorang pembikin tatu yang tidak dikenali menghubungi dan menawarkan khidmat membetulkan semula kening saya secara percuma,” katanya dengan nada lega.

Pembikin tatu tersebut, Pattawee Phumkasem, dalam satu perkongsian memberitahu, beliau terpanggil untuk berbuat demikian selepas melihat keadaan Nipaporn.

“Saya tahu terpaksa membantunya. Biasanya prosedur pemadaman tatu menelan kos kira-kira RM1,839, namun saya sanggup melakukannya secara percuma.

“Untuk proses ini, saya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan bagi menghasilkan kening yang lebih cantik. Dakwat

lama perlu dikeluarkan dan menunggu ia pudar sebelum tatu kening baharu dicacah,” jelas beliau lagi.

Nipapron turut mengakui kini sudah mendapatkan kembali keyakinan diri untuk menjalani kehidupan lebih normal selepas lebih setahun hidup dalam keadaan yang memalukan.

“Sebelum ini, saya ada menemui tiga pembikin tatu yang berbeza, tetapi tanda itu tetap menonjol.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan kebanyakan masa dihabiskan rumah kerana keadaan kening saya benar-benar menjejaskan keyakinan diri.

“Akhirnya dengan bantuan Pattawee, saya boleh menjalani kehidupan normal.” ujar Nipapron lagi.

Baca lagi ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’ Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Sumber: Mirror

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

13 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago