Gagal 'padam' semula tatu, wanita ini kongsi derita lebih setahun hidup dengan empat kening

A
A
A

GARA-GARA mahu kelihatan cantik, seorang wanita mengalami mimpi ngeri apabila proses mencacah tatu pada bahagian kening menemui kegagalan.

Lapor Mirror UK, seorang wanita Thailand yang dikenali sebagai Nipapron Meeking sanggup mengeluarkan belanja sebanyak membayar 1,500 baht (kira-kira RM185) di sebuah klinik kecantikan kecil di wilayah Rayong, timur Thailand untuk tujuan tersebut.

Wanita yang berumur 32 tahun itu berbuat demikian dengan harapan akan memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik. Pun begitu, impiannya berkecai di tengah jalan.

 

Baca ni: Dulu beg pasar malam dan toto. Kali ini Balenciaga 'buat hal' perkenal 'trash pouch' ilham daripada beg sampah

EMPAT KENING

Bukan itu sahaja, beliau juga terpaksa menanggung rasa malu lebih setahun dek kerana memiliki empat kening (kening berlapis).

Difahamkan, pembikin tatu itu pada awalnya berjanji untuk membantu ‘memadam’ kembali tatu tersebut.

Pun begitu, pada keesokan harinya, kedai tersebut didapati sudah tutup dan pemiliknya pula gagal dihubungi.

“Saya dan rakan-rakan merancang untuk pergi bercuti, jadi saya inginkan kening yang cantik. Salah seorang rakan mencadangkan kedai tersebut. Selepas melakukan prosedur tersebut dan melihat cermin, saya hanya mampu terdiam tidak bersuara.

“Tidak lama selepas itu, kedai tersebut ditutup dan saya tidak tahu di mana pemiliknya sekarang. Saya melalui pengalaman yang teruk dengan empat kening di dahi. Mujurlah saya menemui pembikin tatu yang baharu," kongsi Nipapron lagi.

 

KEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI

Menurut empunya diri lagi, pembikin tatu baharu yang berjaya ditemuinya berjaya ‘memperbetulkan’ kembali kening yang memalukan itu.

"Salah seorang pembikin tatu yang tidak dikenali menghubungi dan menawarkan khidmat membetulkan semula kening saya secara percuma," katanya dengan nada lega.

Pembikin tatu tersebut, Pattawee Phumkasem, dalam satu perkongsian memberitahu, beliau terpanggil untuk berbuat demikian selepas melihat keadaan Nipaporn.

"Saya tahu terpaksa membantunya. Biasanya prosedur pemadaman tatu menelan kos kira-kira RM1,839, namun saya sanggup melakukannya secara percuma.

“Untuk proses ini, saya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan bagi menghasilkan kening yang lebih cantik. Dakwat lama perlu dikeluarkan dan menunggu ia pudar sebelum tatu kening baharu dicacah,” jelas beliau lagi.

Nipapron turut mengakui kini sudah mendapatkan kembali keyakinan diri untuk menjalani kehidupan lebih normal selepas lebih setahun hidup dalam keadaan yang memalukan.

"Sebelum ini, saya ada menemui tiga pembikin tatu yang berbeza, tetapi tanda itu tetap menonjol.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan kebanyakan masa dihabiskan rumah kerana keadaan kening saya benar-benar menjejaskan keyakinan diri.

"Akhirnya dengan bantuan Pattawee, saya boleh menjalani kehidupan normal." ujar Nipapron lagi.

Baca lagi 'Tenang air muka, cantik macam bonda.' Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Sumber: Mirror

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca