Glioblastoma salah satu jenis kanser yang agresif. Ini 11 gejala yang perlu kita tahu
OTAK merupakan jaringan saraf yang sangat kompleks kerana ia dibina oleh beberapa jenis sel saraf. Disebabkan sel itulah kadangkala penyakit kanser boleh terjadi.
Glioblastoma merupakan salah satu jenis kanser yang berlaku di bahagian otak. Ia juga dikenali sebagai glioblastoma multiforme (GBM) iaitu sejenis ketumbuhan yang sangat agresif.
Selain otak, glioblastoma juga boleh berlaku pada bahagian sumsum tulang belakang.
Persoalannya, apakah sebenarnya GBM itu? Apa pula tanda dan gejalanya?
Menjawab persoalan itu, SinarPlus merujuk artikel Hello Sehat yang menjelaskan secara terperinci berkenaan GBM.
GBM ialah tumor yang terbentuk dari sel astrosit iaitu sel yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sel saraf dalam otak.
“Ia terjadi disebabkan sel astrosit berkembang secara abnormal dan ketumbuhan itu boleh berkembang dari astrositoma tahap 2 atau 3 hingga menjadi kanser otak tahap 4 (glioblastoma).
“Ketika tahap 4, ketumbuhan itu cenderung menjadi lebih agresif dan dengan cepat boleh tersebar ke jaringan otak yang terdekat,” ujar portal itu.
GBM juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira peringkat usia.
Merujuk American Association of Neurological Surgeon (AANS), dua hingga tiga daripada 100,000 orang dewasa mengalami penyakit itu dalam setahun.
“52 peratus daripada kes kanser otak primer merupakan ketumbuhan glioblastoma. Manakala, sebahagian kes yang melibatkan kanser otak primer dan metastik, 17 peratus daripadanya merupakan ketumbuhan glioblastoma,” kata AANS.
GEJALA
Mengenai tanda-tanda glioblastoma, ujar artikel yang sama, gejalanya mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.
“Ia bergantung juga kepada kawasan berlakunya ketumbuhan itu. Sebagai contoh, sekiranya terjadi pada bahagian otak yang mengawal lengan, ia akan cenderung berasa lemah.
Baca juga Doktor dedah budak disahkan kanser otak selepas pengsan, mak ayah wajib peka 5 tanda ini
“Namun, jika ia berlaku pada bahagian mengawal percakapan, pesakit mungkin akan susah untuk bercakap atau membentuk kata-kata,” jelas AANS.
Sementara itu, Hello Sehat turut menyenaraikan beberapa gejala kanser otak glioblastoma yang selalu terjadi, antaranya:
i. Sakit kepala berterusan.
ii. Penglihatan kabur atau berganda.
iii. Mual dan muntah.
iv. Kehilangan selera makan.
v. Perubahan hati dan keperibadian.
vi. Perubahan kemampuan berfikir dan belajar.
vii. Sukar berbicara.
viii. Hilang keseimbangan atau sukar berjalan.
ix. Terasa lemah pada bahagian tertentu.
x. Masalah memori.
xi. Kejang.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda tersebut, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk pencegahan yang lebih awal.
Perlu diketahui, semua simptom boleh menjadi lebih teruk sekiranya ketumbuhan terus membesar sehingga boleh memberi tekanan kepada otak.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang