SEMPENA tahun baharu ini, jenama konfeksioneri terkemuka di Malaysia, KITKAT memperkenalkan rangkaian KITKAT Gold edisi terhad yang sangat sesuai dihadiahkan kepada yang tersayang.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksioneri Malaysia dan Singapura, Frédéric Porchet berkata, KITKAT Gold menawarkan wafer rangup istimewa KITKAT yang disaluti gabungan dua lapisan coklat iaitu coklat kuningan emas (di atas) dan coklat susu halus (di bawah).

Ia disempurnakan lagi dengan rasa kaya kacang dan mentega yang bakal memberikan anda pengalaman yang unik dan mempesonakan dalam setiap gigitan.

“Semegah namanya, rangkaian KITKAT Gold edisi terhad didatangkan dalam rekaan eksklusif bungkusan emas yang diserlahkan lagi dengan elemen-elemen perayaan yang bersinar dan berkilauan.

Ia bukan sahaja sesuai untuk dikongsi bersama, malahan juga diberikan sebagai hadiah perayaan Tahun Baharu Cina. Sememangnya keseronokan dalam bertukar-tukar hadiah atau berkongsi sekotak coklat dengan orang tersayang adalah detik yang cukup indah untuk dinikmati,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Frédéric berkata, produk terbaharu itu terdiri daripada pelbagai jenis pek-pek istimewa termasuklah KITKAT Gold 4 Jejari Tunggal, Beg Perkongsian KITKAT Gold, Sarung Beg Perkongsian Perayaan KITKAT 12 kepingan, Sarung Perayaan KITKAT Bar, KITKAT Senses, KITKAT Cele-break dan kotak penyimpanan KITKAT Prosperity CNY.

Serentak dengan itu, jenama berkenaan turut menganjurkan Peraduan Menang Emas KITKAT sempena ketibaan tahun Harimau yang bertuah bagi Tahun Baharu Cina kali ini.

Iklan

Peraduan tersebut bermula dari 1 Januari hingga 28 Februari ini. Hadiahnya bukan calang-calang ya. Kesemua hadiah bernilai lebih RM460,000. Memang wow sangat!


Cara penyertaan peraduan:
•Langkah 1: Beli mana-mana produk KITKAT Konfeksioneri bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit.
•Langkah 2: Tulis nama dan nombor kad pengenalan di atas resit pembelian asal.
•Langkah 3: Tangkap gambar resit tersebut dengan jelas.
•Langkah 4: Hantarkan gambar resit melalui WhatsApp ke 018-228 3911

Iklan

Sebelum terlupa, KITKAT juga berkongsi resipi kek dan kuih menggunakan KITKAT Gold edisi terhad #KITKATEasyRecipeasy. Nak tahu, boleh tonton di laman YouTube.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.facebook.com/kitkatmalaysia.