PENGENALAN telefon pintar terbaharu, Sony Xperia 1V yang tampil dengan ciri penderia dan pengimejan Exmor T Generasi Seterusnya pasti membuatkan ramai teruja.

Sony dalam satu kenyataan berkata, teknologi dua lapisan piksel transistor berinovatif menjadikan Sony Xperia 1V dua kali ganda lebih baik berbanding model terdahulu.

“Kamera utama 52MP dengan lensa 24 milimeter (mm) yang dinaik taraf dengan ciri terbaharu tersebut berupaya menghasilkan foto berkualiti tinggi meskipun dalam cahaya malap.

“Tak kira foto manusia, haiwan, landskap bandar atau muka bumi, ia mampu dibidik dengan indah hanya melalui telefon pintar sahaja,” kata label tersebut.

Sony Xperia 1V

Berikut ciri tambahan Sony Xperia 1V:

i) Lengkap dengan skrin 6.5 inci 4K HDR OLED dan menyokong kadar segar semula 120Hz.
ii) Hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen2, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

 

Baca juga Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

Sony Xperia 1V
iii) Tetapan kamera terdiri ultra lebar 12MP, telefoto 12MP dengan zum optikal 85 hingga 125mm dan swafoto 12MP.
iv) Kapasiti bateri 5000mAh, kalis air dan bicu audio 3.5mm.

Iklan

Baca juga Bidikan kamera lebih ‘powerful’ dengan jenama ini, ramai teruja nak cuba

Sony Xperia 1V
v) Keupayaan auto fokus dan penjejakan objek dalam bingkai menggunakan kecerdasan buatan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.sony.com.my.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang