BARU-BARU kecoh seketika apabila pelakon yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Janna Nick dimasukkan ke wad akibat sigmoid colitis atau radang usus.

Difahamkan, Janna mengalami sakit perut sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Keadaan tersebut memaksa beliau dikejarkan ke hospital.

Selepas empat hari mendapatkan rawatan , pengarah telefilem Deren itu kini semakin pulih.

usus
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Apa sebenarnya penyakit itu? Menurut National Library of Medicine, sigmoid adalah bahagian usus besar yang paling hampir dengan rektum.

Ia berfungsi untuk menyerap air, vitamin dan mineral daripada partikel makanan yang tidak dicerna sama seperti bahagian usus sebelumnya, namun pada tahap yang lebih rendah.

Sementara itu, Healthline berkata, kolitis adalah keadaan usus besar yang mengalami keradangan.

Pesakit lazimnya akan mengalami rasa sakit pada bahagian abdomen.

USUS
SUMBER Sora Shimazaki daripada PEXELS.

“Ketidakselesaan yang dialami mungkin ringan dan berulang untuk jangka masa yang lama.

“Seseorang juga boleh mengalami simptom yang teruk dan muncul secara tiba-tiba, kata Healthline.

Ujar laman kesihatan tersebut, jenis kolitis dikategorikan berdasarkan puncanya.

1.Kolitis berulser (UC)
UC adalah salah satu keadaan penyakit radang usus (IBD).
Pesakit akan keradangan dan ulser pendarahan pada lapisan dalam usus besar.
Keadaan itu berlaku apabila sistem imun memberi tindak balas secara berlebihan kepada bakteria atau bahan lain dalam saluran penghadaman.

2.Kolotis Pseudomembranous (PC)
Keradangan PC berlaku apabila bakteria Clostridium difficile yang terlalu banyak di dalam usus.

Bakteria tersebut hidup di dalam usus, namun tidak mendatangkan masalah apabila jumlahnya seimbang dengan bakteria ‘baik’.

Pengambilan sesetengah ubat boleh mengakibatkan bakteria baik musnah.

Keadaan itu akan menyebabkan bakteria Clostridium difficile membebaskan toksin yang boleh menyebabkan keradangan.

USUS
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

3.Kolotis Ischemic (IC)
Keradangan IC berlaku apabila aliran darah ke kolon tiba-tiba terputus atau disekat.

4.Kolitis Mikroskopik
Kolitis Mikroskopik berlaku disebabkan pengumpulan limfosit (sel darah putih) atau kologen di bawah lapisan tisu kolon.

5.Kolitis alahan pada bayi
Bayi boleh mengalami kolitis alahan dan ia lazim berlaku dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran.

USUS
SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

Puncanya tidak diketahui, tetapi ia mungkin ada kaitan dengan alahan terhadap susu.

Selain itu, Healthline berkata, penyebab lain berlaku kolitis adalah jangkitan daripada parasit, virus atau keracunan makanan daripada bakteria.

Pesakit juga mungkin mengalami keradangan sekiranya usus besar mereka pernah dirawat menggunakan kaedah radiasi.

 

Tambah Healthline, antara simptom yang mungkin dialami pesakit adalah seperti berikut:

1.Sakit perut atau kekejangan.
2.Kembung perut.
3.Penurunan berat badan yang tidak dijangka.
4.Cirit-birit dengan atau tanpa darah.
5.Darah dalam najis.
6.Menggigil atau demam.
7.Muntah-muntah.

Baca juga: Apa itu masalah kebocoran usus yang dideritai arwah Rohana Jalil? Ini penerangan pakar

Baca juga: Potong usus: Ini jawapan pakar bariatrik untuk cantik atau sihat

SUMBER cottonbro studio daripada PEXELS.

RAWATAN

Iklan

Dalam pada itu, Cleveland Clinic memberitahu, rawatan untuk kolitis bergantung kepada jenis dan puncanya.

Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah seperti berikut:

1.Ubat-ubatan
Pesakit akan diberikan antibiotik untuk merawat jangkitan dan ubat kortikosteroid pula diperlukan untuk meredakan keradangan yang dialami.

Pesakit juga akan diberikan ubat aminosalicylate untuk melegakan simptom IBD.

2.Diet
Sekiranya pesakit berdepan keradangan akut, mereka mungkin boleh mendapat manfaat daripada diet rendah serat dan mudah dihadam.

Pun demikian, jika mengalami kolitis kronik, individu tersebut memerlukan pelan diet yang lebih berkesan.

Mereka juga perlu mengelak daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan usus.

Suplemen pula dapat membantu memastikan penghidap mendapat nutrisi yang mencukupi.

Iklan
USUS
SUMBER Vidal Balielo Jr daripada PEXELS.

3.Pembedahan
Pesakit yang mengalami kolitis jenis IC atau IBD mungkin memerlukan pembedahan bagi merawat komplikasi yang berlaku.

Baca juga: Abang Ail sakit radang usus, si kakak derita ketumbuhan pada saluran darah. Ibu ini mohon simpati masyarakat

Baca juga: Usus kecil tersepit, rupanya Lisa Presley meninggal dunia asbab komplikasi pembedahan bariatrik

SinarPlus ingin ingatkan, pencegahan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan seseorang berdepan masalah berkaitan sistem penghadaman.

Kita boleh melindungi usus dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!