BELIAU merupakan selebriti dari negara seberang yang cukup terkenal dengan kerjanya sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi.

Antara filem lakonannya adalah seperti Kesempatan Keduda, Olga& Billy Lost In Singapore dan The Secret: Suster Ngesot Urban Legend.

Bakat seni dimiliki menjadikan beliau antara selebriti terkenal tidak hanya di negaranya, malah di Malaysia juga.

Namun, bukan mengenai kisah populariti bapa kepada dua cahaya mata itu yang mahu dikisahkan.

Sebaliknya cerita kejayaan Raffi Ahmad yang mampu menurunkan 10 kilogram (kg) berat badan dalam tempoh masa kurang dua bulan yang mahu SinarPlus kongsikan.

Memetik perkongsian CNN Indonesia, aktor tersebut berusaha untuk menjaga bentuk badan agar masih kelihatan relevan dalam industri.

Raffi yang sebelum ini memiliki berat sebanyak 75kg kemudian turun kepada 65kg menerusi kaedah diet Intermittent Fasting.

Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup membantu penurunan berat badan dengan baik.

Kata Raffi, perubahan tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa lebih sihat dan tubuhnya menjadi semakin aktif.

“Sekarang berasa lebih segar, sebaik sahaja bangun tidur sudah tidak berasa pening, tetapi menjadi lebih lincah,” katanya.

Jadi, apa kata kita intai apa yang dilakukan Raffi dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

1. Waktu tertentu

Menurut Raffi, sejujurnya beliau tidak menghadkan sebarang pengambilan makanan.

Meskipun mahu makan nasi lima pinggan atau ayam goreng 20 ketul.

Rahsianya, makan mengikut waktu yang ditetapkan iaitu 11 pagi hingga 2 petang, 12 tengah hari hingga 3 petang dan 12 tengah hari hingga 4 petang.

Tempoh masa tersebut perlu dilakukan mengikut minggu dan berubah mengikut penurunan berat badan.

2. Air putih

Iklan

Pastikan pengambilan air putih yang banyak untuk mengelakkan rasa lapar.

3. Berehat

Bukan sahaja amalan diet serius, Raffi turut mendapatkan rehat yang cukup.

Setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg, Raffi menjalani diet yang lebih ringan termasuk makan pada waktu malam.

Oleh itu, meskipun selebriti mereka tetap individu biasa yang perlu berusaha keras untuk mencapai matlmat.

Iklan

Tiada istilah jalan mudah apatah lagi ‘potong Q’ lebih-lebih lagi melibatkan soal penjagaan kesihatan.

Mungkin kalian boleh cuba seperti yang dilakukan Raffi. Mana tahu berkesan?

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI