Honda City RS lebih power, ubah landskap segmen B Malaysia
PENGENALAN Honda City RS Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dijangkakan akan memberi kepuasan maksimum kepada para pengguna di Malaysia.
Ciri spesifikasi canggih yang ditambah baik, membuatkan model Road Sailing (RS) itu lebih tampak bergaya dan sporty dalam kelasnya tersendiri.
Perkara itu diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Toichi Ishiyama.
Kata Ishiyama, ciri keselamatan Honda yang terkehadapan dan sofistikated menjadi penanda aras kepada kenderaan keluaran segmen B di Malaysia.
“Saya percaya model City terbaharu generasi kelima ini bakal mengujakan rakyat Malaysia dengan ciri teknologi keselamatan yang terhebat. Antaranya, Honda Sensing yang sebelum ini hanya boleh didapati dalam segmen C, D dan SUV sahaja, ada di dalam City terkini kami.
"Tak sabar rasanya untuk mendengar respons positif orang ramai,” katanya kepada SinarPlus.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut melaksanakan beberapa penambahbaikan teknologi untuk kemudahan pengeluaran City Serba Baharu di Melaka seperti kimpalan bingkai rangka dalaman baharu dengan lebih kukuh.
“Pada masa sama, penggunaan teknologi semburan polyurethane foam boleh mengurangkan bunyi bising dan getaran dalam memastikan kualiti terbaik untuk pengguna.
“Selain itu, Honda Malaysia juga pengeluar pertama yang memasang unit kuasa pintar (Intelligent Power Unit - IPU) daripada komponen bateri ion lithium individu kepada unit kuasa lengkap setanding teknologi di Honda Jepun,” ujarnya.
Untuk varian terbaharu itu, penulis diberi peluang untuk memandu uji sendiri jentera teknologi hibrid itu dalam satu pelawaan eksklusif Honda Malaysia di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) baru-baru ini.
Jika dibandingkan dengan varian terdahulu, Honda City RS yang ditawarkan dengan enjin 1.5 liter itu lebih panjang 4,553 milimeter (mm) dan luas 1,748 mm. Ya! Tambah luas dan selesa bagi mereka yang bertubuh besar.
Artikal berkaitan: City RS Serba Baharu lebih memukau dengan teknologi hibrid
Seperkara, penarik utama jentera itu adalah terletak pada superior acceleration dengan tork yang lebih berprestasi tinggi iaitu 253Nm. Boleh dikatakan setanding dengan jenama lain seperti Renault, Toyota Camry mahupun Porsche!
Tidak percaya? Prestasi terbaik pada kuasa tork 253Nm itu setara bagi model segmen C dan D dengan menggunakan enjin 2.5 liter Aspirasi Biasa (NA).
Canggih
Apa yang paling best, ciri baharu Honda LaneWatch boleh membuatkan masalah titik buta akan selesai buat selama-lamanya. Bayangkan kamera pada cermin sisi dapat mengesan kenderaan di belakang dengan jelas walaupun pada waktu malam.
Selain itu, ciri baharu Electric Parking Brake juga membuatkan masalah kita yang selalu terlupa tarik brek parking tidak akan berlaku lagi. Hanya park dan picit punat sahaja. Mudah dan canggihkan?
Banyak lagi ciri baharu Honda Sensing yang dipertingkatkan. Ia sekali gus membuktikan bahawa Honda Malaysia sangat menitikberatkan faktor keselamatan buat pengguna. Antara spesifikasi-spesifikasi yang direka khas adalah:
- Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control - ACC)
- Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning System)
- Sistem Brek Menghindari Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System - LKAS)
- Sistem Mitigasi Keluar daripada Jalan (Road Departure Mitigation System - RDM)
- Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning - LDW)
- Sistem Lampu Tinggi Automatik (Auto High Beam - AHB)
Selain itu, rekaan luaran juga tidak kurang hebatnya dan dapat membezakannya varian yang lain. Tampak lebih mengancam dengan penambahbaikan pada lampu dan kekemasan seperti berikut:
- Lampu hadapan jenis LED baharu
- Lampu siang LED (DRL)
- Lampu belakang jenis LED baharu
- Foglamp Garnish
- Gloss Black Front Grille
- Carbon Patterned Front Lip
- Rear Bumper With Diffuser
- Gloss Black Ducktail Spoiler
- New Gloss Black Door Mirror
Pasti ramai tidak sabar menanti kemunculan varian Honda City RS i-MMD di pasaran tidak lama lagi. Pun begitu, harganya masih rahsia ya!
Sebelum ini, video teaser mengenai keluaran terbaharu Honda Malaysia itu menangkap perhatian ramai lebih-lebih lagi peminat jenama Jepun tersebut.
Seperkara, teknologi i-MMD atau dikenali sebagai e:HEV merupakan teknologi hibrid generasi seterusnya yang lebih mesra alam dan efisien. Ia hanya ditawarkan pada model segmen lebih tinggi dalam rangkaian keluarga Honda sahaja tau!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang