Honda Civic e:HEV RS hanya RM166,500, pengenalan tren kuasa hibrid 2.0L curi perhatian
HONDAMalaysia semalam memperkenalkan secara rasmi varian terbaharu untuk model tren kuasa (powertrain) hibrid, Civic e:HEV RS pada harga bermula RM166,500.
Buat pertama kalinya, jenama terkemuka tersebut memperkenalkan enjin trenkuasa hibrid 2.0 liter untuk jentera sedan segmen C.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pelancaran model baharu itu diharapkan dapat memberikan pengalaman terbaik buat pengguna.
"Teknologi hibrid bukanlah sesuatu yang baharu bagi Honda kerana sudah memperkenalkan model pertama Civic hibrid pada tahun 2007.
"Sejak kejayaan itu, pihak Honda berusaha untuk melangkah lebih ke hadapan dalam memperkenalkan teknologi hibrid yang kini sudah diterima ramai," katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Civic e:HEV RS di Setia Eco Templer, Rawang, Selangor.
Yoshimura berkata, pihaknya juga berbangga melihat sambutan menggalakkan terhadap pengenalan Civic generasi ke-11 pada awal tahun ini.
"Model berkenaan terjual sebanyak 7,000 unit dan menduduki carta pertama untuk pasaran sedan dengan 81 peratus pada September lalu.
"Justeru, pengenalan model Civic e:HEV RS serba baharu ini diharapkan dapat memberikan opsyen terbaik kepada orang ramai," katanya.
Baca juga Lebih bergaya dan berani. Civic Serba Baharu Generasi ke-11 curi tumpuan ramai
Pengenalan varian terbaharu tampil dengan kombinasi dua motor elektrik, Electric Continuosly Variable Transmission (e-CVT) dan Intelligent Power Unit (IPU) untuk kuasa 184PS dan tork 315Nm.
Berikut spesifikasi lain Civic e:HEV RS:
i) Tampil dengan roda aloi dwitona 18-inci dan single tailpipe finisher untuk gaya lebih sporty.
ii) Lengkap dengan meter TFT penuh 10.2 inci yang lebih lebar.
iii) Ciri baharu pengecas tanpa wayar dan kad kunci yang eksklusif untuk kawalan jauh.
iv) Audio Paparan Lanjutan 9-inci dengan Apple CarPlay Tanpa Wayar.
Menariknya, seperti semua model keluaran Honda yang lain, Civic e:HEV RS juga hadir dengan set lengkap ciri keselamatan Honda Sensing yang dipertingkatkan.
Antaranya Collision Mitigation Braking System, Lead Car Departure Notification, Road Departure Mitigation System dan Adaptive Cruise Control.
Selain itu, ciri keselamatan lain yang diperkenalkan seperti Low Speed Follow, Lane Keep Assist System, Lane Departure Warning, Forward Collision Warning dan Auto High Beam.
Fungsi tambahan lain seperti Honda LaneWatch, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start, Rear Seat Belt Reminder dan Driver Attention Monitor.
Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui
Untuk maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran berhampiran atau layari www.honda.com.my atau muat turun aplikasi Honda Touch.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang