HONOR membawa kejutan buat peminatnya apabila memperkenalkan dua peranti serba baharu, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 untuk pasaran tempatan baru-baru ini.

Untuk makluman semua, HONOR MagicBook 14 yang ditawarkan pada harga RM4,299 hingga RM5,099, manakala HONOR Pad 8 (RM1,399) akan dijual bermula pada 27 Ogos ini di seluruh negara.

Penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada tahun 2013 itu turut menambah baik produktiviti dan hiburan dengan pelancaran HONOR Connect untuk fitur tersebut.

HONOR

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, HONOR MagicBook 14 menjadi model berprestasi tinggi dengan jangka hayat lebih tahan lama.

“Komputer riba serba boleh bersaiz 14 inci berkenaan adalah yang pertama dengan penggunaan bateri 75 kuasa output (W) dan mampu bertahan hingga 15 jam untuk tontonan video 1080 piksel atau 10 jam 30 minit untuk tugasan biasa.

Baca juga Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

“Selain disokong HONOR SuperCharge 100W, HONOR MagicBook 14 hadir dengan pemproses generasi ke-12 Intel® Core i5-12500H sekali gus berupaya menampung perisian permainan serta suntingan profesional,” kata jenama tersebut.

HONOR

Menariknya, HONOR juga berjaya mengaplikasi teknologi telefon pintar OS Turbo yang pertama dalam industri pembuatan komputer ribanya yang berfungsi sebagai enjin pengoptimum tenaga sistem untuk sinergi perkakas dan perisian.

Baca juga Kelebihan skrin lebih lebar, HONOR Magic V mampu bertahan dengan 200,000 lipatan untuk 5 tahun

Berikut spesifikasi lain HONOR MagicBook 14:

i) Dihasilkan menggunakan aluminium gred pesawat udara dan bercirikan Paparan FullView HONOR 2.1K 14 inci.

ii) Lengkap dengan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free.

HONOR

iii) Ciri baharu HONOR Device Clone membolehkan pemindahan data dilakukan dengan mudah tanpa perlu berdepan risiko kehilangan fail kerja.

iv) Hadir dalam pilihan versi kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2050 dan Intel Iris Xe.

Mengulas lanjut mengenai kehebatan HONOR Pad 8, jenama tersebut turut menyebut, model tablet terbaharu itu memiliki lapan pembesar suara terbaik dalam kelasnya.

Iklan

HONOR

“Teknologi HONOR Histen dan DTS:X Ultra membolehkan tablet ini menghasilkan bunyi rancak dan dinamik 360 darjah selain dilengkapi paparan HONOR FullView perlindungan mata 2K 12 inci.

“Bagi meningkatkan produktiviti, HONOR Pad 8 disokong ciri Multi-Windows Viewing, memisahkan skrin dan membuka hingga empat tetingkap serentak tanpa perlu menutup skrin lain,” katanya.

Baca juga 5 sebab HONOR MagicBook 14 perlu menjadi milik anda, rebut hadiah percuma bernilai RM228

HONOR

Terdahulu, HONOR Malaysia juga secara rasminya mengumumkan harga pengenalan model flagship terbaharunya, HONOR 70 yang dijual bermula RM1,999.

Iklan

Pratempahan dibuka sejak 18 Ogos lalu hingga 26 Ogos ini dengan penawaran pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM597.

HONOR

Antara ganjaran istimewa yang menanti pembeli seperti HONOR Earbuds 2 Lite, sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan satu tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/HONOR70newlaunchPR atau laman Facebook HONOR Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan