HUAWEI Consumer Business Group (BG) telah mempamerkan kemuncak kepada teknologi HUAWEI apabila memperkenalkan Huawei Mate40 Series baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI Consumer BG, Richard Yu berkata, secara keseluruhannya terdapat 10 generasi Mate Series sejak lapan tahun lalu dan inovasi terbaharu pihaknya itu merupakan yang paling maju dan cemerlang.

Ujar Richard, HUAWEI Mate40 Pro dan HUAWEI Mate40 Pro+ menggabungkan 5 nanometer 5G SoC pertama dengan sistem Ultra Vision Cine Camera dan Space Ring Design.

Selain itu, HUAWEI Mate40 Series dilengkapi dengan HUAWEI Mobile Services (HMS) yang membuatkan pengguna lebih selesa dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Berikut adalah spesifikasi ringkas terbaharu fitur berkenaan:

Space Ring Design
-Selesa untuk dipegang. Ia juga kalis air dan habuk. Pada masa sama, telefon pintar tersebut dilengkapi dengan 3D Face Unlock, Ultra Vision Selfie Camera dan Smart Gesture Control.

Kirin 9000
-Series Kirin 9000 menggunakan teknologi 5G. HUAWEI Mate40 Pro dan HUAWEI Mate40 Pro+ ini dilengkapi 5nm 5G SoC yang paling canggih sekali gus meningkatkan kecekapan fitur baharu ini.
-GPU Mali-G78 24dalam HUAWEI Mate40 Pro dan HUAWEI Mate40 Pro + adalah GPU paling berkuasa yang pernah dilihat pada peranti HUAWEI. Ciri-ciri itu akan memberi output yang terbaik pada grafik dan audio visual.

Iklan

Sistem pengimejan
-Dengan Kamera Dual Cine dan Dual Ultra-Wide Camera, pengguna dapat merakam video dan gambar sudut lebar yang menakjubkan.
-Kualiti gambar juga telah dipertingkatkan lagi dengan Auto Pixel Full Pixel Octa PD. Untuk videografi pula, Kamera Dual Cine akan menghasilkan rakaman berkualiti lebih tinggi daripada sebelumnya.

Keselamatan
-Semasa memindahkan gambar, pengguna dapat dengan mudah membersihkan data peribadi sensitif seperti lokasi, masa dan butiran peranti dari fail sebelum dihantar.

Iklan


Ciri-ciri lain
HUAWEI juga melancarkan aplikasi baharu seperti Petal Search, Petal Maps dan HUAWEI Docs. Untuk informasi lanjut, layari http://consumer.HUAWEI.com.

Untuk pembelian, orang ramai boleh mendapatkannya melalui platform Shopee dan Lazada.