HUAWEI perkenal 3 inovasi MatePad dengan keupayaan lebih mantap, ultra nipis, mudah dibawa ke mana sahaja

A
A
A

HUAWEI terus memberi pilihan kepada pengguna apabila memperkenalkan tiga rekaan terbaharu mereka iaitu HUAWEI MatePad Air, MatePad dan MateBook D14 untuk pasaran tempatan.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, pengenalan HUAWEI MatePad Air dengan fungsi komputer peribadi dalam bentuk tablet direka dengan saiz ultra nipis 6.4 milimeter (mm) dan berat 508 gram sahaja.

"Kebolehan sambungan terus dengan fon telinga dwifungsi menjadikan gajet ini berfungsi sebagai pengantara untuk sesi persidangan, perjumpaan virtual dan permainan dalam talian tidak kira di mana juga mereka berada.

"Ciri HUAWEI Note yang ditambah nilai dengan HUAWEI M-Pencil dan papan kekunci pintar magnetik akan memberi pengalaman yang lebih lancar serta menyeronokkan," kata kenyataan itu.

huawei

Selain dikuasakan dengan ekosistem Harmony OS Smart untuk mengoptimumkan ciri Super Device multifungsi, ciri HUAWEI SuperHub juga membolehkan akses terus ke stor simpanan dan perkongsian fail atau imej daripada peranti berbeza.

 

Selain itu, MatePad dan MateBook D14 juga dilengkapi dengan teknologi terkini dengan fungsi berbeza.

Berikut perincian MatePad:

  • Paparan skrin 11.5 inci dengan ciri FullView yang diperakui mampu memberi perlindungan pada mata.

huawei

  • Dikemas kini dengan kadar segar 120Hz untuk kawalan sesentuh lebih responsif.
  • Ciri stereo pembesar suara Histen 8.0 mengoptimumkan pengalaman audio dan visual, selain tayangan bertaraf pawagam.

huawei

Baca juga Telefon HUAWEI P60 Pro memang lebih pro. Lensa lebih power, bidikan jauh lebih jelas

Antara info menarik MateBook D14:

  • Paparan penuh 14 inci 1080p HD Penuh dengan IPS antisilau dan perlindungan mata daripada cahaya.
  • Ciri HUAWEI Metaline Antenna dibina dengan sistem sambungan ultra jauh hingga 270 meter.

huawei

  • Berat hanya 1.39 kilogram dan dikuasakan 12 Pemproses Intel Core Generasi pertama bersama SuperFin 10nm baharu Intel.
  • Dilengkapi dengan sistem pintar, Super Turbo dan butang kuasa cap jari untuk jaminan sekuriti lebih baik.

Baca juga Kualiti audio lebih baik, reka bentuk lebih stail. HUAWEI Freebuds 5i memang boom!

huawei

HUAWEI MatePad Air dijual pada harga RM2,799, manakala MatePad (bermula RM1,499 hingga RM1,699) dan MateBook D14 (RM3,199 hingga RM3,399).

Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/ atau kunjungi kedai rasmi e-dagang di platform Shopee dan Lazada.

huawei

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca