Ibu buat sup antibiotik ini, turunkan suhu demam, cairkan kahak si kecil

A
A
A

IBU yang hebat, pasti sentiasa mempunyai pelbagai idea kreatif untuk anak-anak.

Sejak dua menjak ini anak-anak kecil asyik mengalami demamsahaja, bukan anak sahaja, boleh dikatakan satu keluarga alaminya.

Kalau anak yang masih kecil mesti ibu dan ayah risau nak beri ubat demam yang ada di pasaran kan?

Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri sup antibiotik ringkas ini, ia sesuai untuk turunkan suhu demam dan cairkan kahak si kecil.

Sup merupakan salah satu makanan yang mampu untuk menurunkan suhu panas badan sesiapa sahaja yang demam.

Oleh kerana bahan herba yang digunakan adalah bagus untuk memperbaiki immuniti badan khususnya kanak-kanak yang makin membesar.

Ayuh cuba masak sup antibiotik sebagai penawar demam buat anak-anak.

Bahan-bahannya;

  • 5 biji buah pelaga
  • 5 -7 biji bunga cengkih
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 ulas bawang merah dicincang halus
  • 3 biji lada hitam dihancurkan
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • 3 batang celery atau ikan bilis
  • Ayam / ikan /daging (sumber protien)
  • Sedikit daun sup atau daun bawang
  • 3 cawan air

Ibu buat sup antibiotik ini, turunkan suhu demam, cairkan kahak si kecil

Cara-cara membuatnya;

1. Sediakan bahan yang diperlukan. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.

2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.

*Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pun boleh.

3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup ataupun daun bawang.

4. Hidangkan bersama karbohidrat sama ada, bubur nasi, mihun, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.

Mudah kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga. Selamat mencuba!

Sumber : Julia Daud

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca