Ikan Selar masak rendang Padang mudah, menyelerakan!
KADANG-KADANG, tak perlu lauk-pauk mewah untuk buka selera.
Menu yang paling ringkas pun boleh bertambah nasi dibuatnya.
Seperti ikan Selar masak rendang Padang ini, juadah ala-ala kampung yang pastinya tak jemu dimakan.
Lagi bertambah enak jika dinikmati bersama sayur tumis air atau masak lemak putih.
Ayuh! Mari kita tengok resipi ringkas untuk membuat ikan Selar masak rendang Padang yang dikongsi Nor Shafinaz Radzuan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bahan-bahan;
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang merah besar
- 3-4 ekor ikan selar - dilumur garam dan kunyit
- 1 keping asam gelugur
Cara membuatnya;
1. Mula-mula goreng ikan Selar sehingga garing.
2. Tumbuk cili padi dengan bawang sehingga separa lumat.
3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elak sambal hangus. Biala minyak dah panas masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Cuba juga Ayam Masak Merah Kenduri ubati rindu sajian katering majlis kahwin
4. Masukkan asam keping, garam dan cukup rasa.
5. Selepas sambal kelihatan separuh masak, masukkan ikan Selar yang digoreng tadi. Biarkan seketika supaya
sebati. Siap dan boleh dihidang.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang