KESELESAAN dan kebersihan kediaman menjadi hal utama yang dititikberatkan terutama saat menghabiskan masa di rumah.

Ada yang menilai kononnya memiliki kediaman seluas padang bola itu lebih menyenangkan.

Namun, ironinya kekemasan dan seni atur serta keharmonian rumah tangga lebih mendamaikan.

 

Baca juga: Tak tahu nak tentukan pilihan warna langsir berikut ada caranya agar tidak tersilap

Baca juga: Ambil kira saiz ruang warna perabot langsir jubin sebelum cat rumah kita jangan sembarangan

 

Tanpa mengira saiz, rumah dengan keluasan terhad juga mampu kelihatan luas dan menarik.

Jika ada yang buntu mengenai caranya, berikut empat cara yang boleh membantu anda agar dapat menghias rumah kecil agar dipandang cantik berdasarkan perkongsian propertyguru:

1. Pilihan warna

Permainan warna lembut seperti putih, kelabu lembut atau biru lembut terutamanya di ruangan seperti dapur dan ruang tamu akan memperlihatkan bahagian tersebut lebih luas.

Sebaiknya jangan menggunakan terlalu banyak warna. Bahagian dinding merupakan hal yang perlu diberi perhatian agar rona kontra dengan kusyen atau karpet.

2. Simpanan

Ruang untuk menyimpan barang sering menjadi tentangan buat kediaman dengan keluasan terhad. Sama ada di dapur, bilik tidur atau kamar mandi, tempat menyimpan barang satu kemestian yang perlu difikirkan.

Oleh itu, pastikan segala kelengkapan yang ada benar-benar digunakan dengan sebaiknya. Bina kabinet tambahan di ruangan atas untuk memberikan ruang tambahan.

3. ‘Ruang rahsia’

Iklan

Mendapatkan perabot yang mempunyai ruangan tambahan seperti bawah katil dan sofa boleh menjadi solusi untuk menyimpan lebihan barangan. Sebagai contoh sofa yang boleh menjadi sofa atau meja lipat.

Sesetengahnya agak mahal, tetapi berbaloi kerana memiliki kelebihan ruang tambahan dan simpanan.

4. Rajin

Memang tidak dinafikan kreativiti penting dalam rekaan dalaman ruang kecil. Namun, tahap kerajinan juga merupakan hal untuk menjayakan semua perkara.

Bukan sekadar rajin mengemas, tetapi rajin melakukan projek DIY atau lakukan dengan sendiri seperti rak, kabinet dan hiasan dinding.

Iklan

Secara ringkas, biarpun bagaimana atau apa juga jenis kediaman yang dimiliki, paling utama kebahagian penghuni itu sendiri.

Pendek kata, ukur baju di badan sendiri, jika sudah merasa ruang di rumah sudah cukup terhad dan sempit, jangan pula hendak menyempitkan lagi dengan penambahan perhiasan atau perabot.

Cukup sekadar apa yang perlu dan memadai sahaja. Selebihnya boleh dijual atau didermakan kepada yang memerlukan. #kitajagakita

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram