INI DIY cara nak buat susu pekat manis sendiri, senang je rupanya hanya guna tiga bahan!

Susu pekat manis antara bahan yang mesti ada di setiap rumah. Kalau ramai ahli keluarga yang jenis suka bancuh teh tarik stok susu ini haruslah sentiasa ada.

Tapi kalau nak jimat bajet, boleh saja hasilkan sendiri.

Proses membuatnya cuma tiga minit dan hasilnya macam yang dijual di pasaran.

Susu ini sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain sama je rasa macam susu pekat manis yang biasa kita beli.

Ruginya kalau tak mencuba, jimat, bersih dan dijamin sedap untuk dinikmati.

Baca juga “Bayi hanya minum air dicampur sedikit gula atau susu pekat manis” – Wanita kongsi terjejas Covid-19

Kredit foto: Zan Zafirah Zainal

Bahan-bahannya;

1 1/2 cawan susu tepung

1/2 cawan gula (raw sugar boleh kurangkan kuantiti untuk kurangkan manis)

2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

Cara membuatnya;

Iklan

1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!

Cuba juga Pankek ‘gebu-gebas’ ala restoran makanan segera, bancuhan tepung mesti pekat, likat

Tip;

Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender seketika.

Iklan

Susu pekat yang dah siap kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk baru akan jadi pekat). Selamat mencuba.

Sumber: Zan Zafirah Zainal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.