BAGI ibu bapa atau guru yang sedang mencari alat peranti yang terbaik untuk menjalani pembelajaran online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Untuk mendapatkan sebuah laptop, harganya agak mahal yang mungkin mencecah ribuan ringgit. Jadi sebagai alternatif, boleh gunakan tablet.

Dengan bajet bawah RM1000, korang sudah boleh dapatkan sebuah tablet yang lengkap untuk jalani pembelajaran secara online di rumah.

Tambah lagi, pandemik Covid-19 di negara kita masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih.

Masih tidak tahu bilakah sekolah akan dibuka semula untuk menjalani sesi pembelajaran secara fizikal seperti biasa.

Jadi peranti tablet ini pastinya kita harapkan boleh digunakan dengan jangka masa yang lama.

Ini senarai tablet terbaik bawah harga RM1000 untuk tahun 2021. Sangat sesuai untuk guru dan murid yang menjalani PdPR di rumah.

1) Samsung Galaxy Tab A7 (WiFi)

Tablet ini antara tablet terbaik daripada Samsung dengan harga mampu milik iaitu kurang daripada RM1000.

Dilancarkan sekitar tahun 2020
Android 10
Mempunyai WiFi
Saiz skrin sebesar 10.40-in TFT HD display (2000 x 1200)
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 662
Kamera depan : 8 MP | Kamera belakang : 5 MP
3GB RAM
32GB memori dalaman
Bateri sebesar 7040 mAh
Harga RM999

2) Samsung Galaxy Tab A 8.0

Model kedua Samsung ini juga menawarkan pengalaman sebuah tablet asas kepada penggunanya.

Ianya juga disediakan aplikasi pantau kegunaan kanak-kanak secara terbina.

Dilancarkan sekitar tahun 2019
Android 9
Ada sim kad 4G bersama WiFi
Saiz skrin sebesar 8-inci TFT (1280 x 800)
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 429
Kamera depan : 2 MP | Kamera belakang 8 MP
2GB RAM
32GB memori dalaman
Bateri 5100 mAh
Harga RM599

3) Lenovo Tab M7

Lenovo juga ada menawarkan harga tablet kurang RM1000. Dengan tawaran ini, memberikan pengalaman tablet asas kepada guru dan murid.

Tahun 2019
Android 9
Sim kad dan Wifi
7-inci IPS (1024 x 600)
Dikuasakan dengan cip MediaTek MT8765
Kamera selfie : 2 MP | Kamera utama : 2 MP
2GB RAM dan 32 GB ROM
Bateri 3500 mAh
Harga RM449

4) Lenovo Tab M8 (HD)

Sebuah lagi tablet yang bersaiz 8 inci dan ianya juga sesuai untuk sesi Google Meet ketika pembelajaran berlangsung.

Dilancarkan pada Oktober 2019
Android 9
Mempunyai slot Sim Kad dan sambungan WiFi
Saiz skrin sebesar 8-inci IPS LCD (1280 x 800)
Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio A22
2GB RAM dan 32GB ROM
Bateri sebesar 5000 mAh
Kamera Utama : 5 MP dan Kamera Selfie : 2 MP
Harga RM658

Ini senarai 10 tablet terbaik bawah RM1000 sesuai untuk kelas online

5) Lenovo Tab M10 HD Gen 2

Dengan tablet yang saiz lebih besar iaitu sebesar 10 inci. Sangat sesuai untuk anak-anak bagi digunakan ketika sesi pembelajaran.

Ianya dilancarkan pada tahun 2020
Terpasang dengan Android 10
Sim Kad + sambungan WiFi
Saiz skrin sebesar 10.1-inci IPS (1280 x 800)
MediaTek P22T
2GB RAM + 32 GB ROM
Mempunyai slot tambahan Micro Sd
Saiz bateri 5000 mAh
Kamera hadapan : 8 MP dan Kamera Selfie : 5 MP
Harga RM750

Iklan

6) Teclast P20HD

Jika korang tidak kisah dengan jenama, boleh dapatkan jenama Teclast keluaran dari China.

Walau bagaimanapun, spesifikasi yang ditawarkan sangat power dengan harga mampu milik yang pastinya bawah RM1000 tau.

Android 10
10.1-inci IPS (1920 x 1200)
Dilengkapi dengan cip UNISOC SC9863A
Sambungan WiFi dan slot sim kad
4GB RAM + 64GB ROM
Bateri sebesar 6000 mAh
Kamera Utama : 5 MP dan Kamera Selfie : 2 MP
Harga RM539

7) Teclast M40

Tambah sedikit RM200 untuk dapatkan sebuah tablet jenama Teclast yang lebih berkuasa dan sangat berbaloi dengan harga.

Dijalankan menggunakan Android 10
Saiz skrin sebesar 10.1-inci IPS (1920 x 1200)
Cip pemprosesan UNISOC T618
Mempunyai sambungan Wifi dan sim kad 4G
6GB RAM dan 128 GB Memori Dalaman
Bateri sebesar 6000 mAh
Kamera Utama : 8 MP dan Kamera Hadapan : 5 MP
Harga RM799

8) Alldocube iplay 40

Sebuah lagi jenama China yang menawarkan tablet dengan spesifikasi yang terbaik dalam kategori harga bawah RM1000 iaitu jenama Alldocube.

Jangan risau, semua ciri seperti sambungan WiFi dan sim kad masih boleh digunakan di Malaysia.

Android 10
Cip pemprosesan UNISOC Tiger T618
Saiz skrin sebesar 10.4-inci dengan resolusi 2K (2000×1200)
Mempunyai ruang 2 kad sim dan sambungan WiFi
8GB RAM beserta 128GB ROM
Kamera Utama : 8MP dan Kamera Selfie : 5MP dengan autofocus
Bateri sebesar 6000 mAh
Harga RM889

9) Alldocube iplay 30 Pro

Dengan harga sedikit murah tetapi masih menawarkan spesifikasi yang berbaloi.

Iklan

Menjalankan versi Android 10
Cip pemprosesan MediaTek Helio P60
Saiz skrin sebesar 10.5 inci HD (1920 x 1200)
Mempunyai sambungan WiFi dan ruang dual kad sim
6GB RAM + 128GB ROM
Kamera Utama : 8MP dan Kamera Selfie : 5MP
Bateri sebesar 7000 mAh
Harga RM739

10) Huawei MatePad T10 Wifi

Akhir sekali adalah sebuah tablet jenama Huawei. Tablet ini juga ditawarkan dengan harga RM1000.

Android 10
Saiz skrin sebesar 9.7-inci IPS (1280 x 800)
Mempunyai sambungan WiFi dan GPS. Tiada slot sim kad disediakan
2GB RAM + 32GB ROM
Kamera Utama : 5MP dan Kamera Swafoto : 2MP
Bateri kapasiti sebesar 5100 mAh
Harga RM799

Semoga bermanfaat!

Sumber: HELLOKERJA