'Mommy tak sempurna, tiada apa-apa...' Luahan hati Rita Rudaini pada anak bikin sebak, warganet angkat jadi idola ibu tunggal

No Image Caption
A
A
A

MEMBESARKAN anak-anak bersama pasangan pun kadangkala terasa lelahnya dari segi tenaga dan perbelanjaan. Inikan pula jika seorang ibu sendirian menggalas tugas tersebut.

Itulah yang dirasai oleh pelakon Rita Rudaini yang berjaya membesarkan anak-anak sedari kecil sehingga meningkat remaja. Sepanjang proses tersebut, tiada siapa tahu isi hati sebenar ibu ini membesarkan dua orang permata hatinya sehinggalah baru-baru ini Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar membuat luahan rasa yang tidak pernah terungkap walaupun pada anak-anaknya.

No Image Caption

"Perasaan yang tak pernah mommy ceritakan pada kamu..

"Mommy selalu risau tentang masa depan kamu, mommy selalu penat dan letih tetapi tetap berusaha untuk kamu, mommy banyak berkorban demi kebahagiaan kamu mommy akan rasa bersalah jika tak pernah ada dengan kamu, mommy sangat bangga walau apa saja pencapaian kamu walau sekecil apa pun," luahnya.

Dalam pada itu, Rita akui sedar dirinya tidak sempurna dan bertanya adakah anak-anaknya dapat menerima kekurangan diri kerana dia akan ‘hancur’ jika melihat kedua orang anak tersayang berada dalam kesedihan.

"Mommy tahu mommy tidak sempurna, boleh ke kamu terima? Hati mommy akan hancur bila kamu dalam kesedihan. Diri mommy dah tiada apa-apa kerana semua keutamaan hal hanya pada kamu. Mommy akan melakukan dengan senang hati walaupun sukar..," tulisnya dalam satu perkongsian di Instagram miliknya.

No Image Caption

Meninjau di ruangan komen, ramai yang akui tersentuh dengan penulisan dan kehidupan yang Rita lalui sepanjang bergelar ibu tunggal yang membesarkan anak-anaknya. Mereka juga menganggap pelakon terbabit sebagai ‘idola ibu tunggal’ kerana begitu kuat dalam memberikan yang terbaik buat kedua-dua buah hatinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Kak Rita idola kedua saya selepas Mama saya Mama saya pon ibu tunggal, papa tinggalkan kami mcmtu je demi orglain. Dari kecil hingga semua dah berumahtangga, Mama sorg sorg membesarkan kami, mencari rezeki untuk kami secukupnya even tak mewah tapi segalanya cukup. Keluar kerja pukul 9 balik pukul 11. Sebelum pergi kerja, Mama siapkan semua. Masih igt ketika belum ada kereta, Mama naik bas pergi balik kerja dan hampir diragut di stesen bas. Ya Allah terima kasih lindungi Mama MasyaaAllah hebat nya ibu ibu yang membesarkan anak seorg diri ini Semoga syurga buat kalian.

The truly 'MOM'. Sepatutnya Rita dijadikan IKON IBU MALAYSIA. Sentiasa tabah untuk anak2. Boleh inspire ramai single mom kat luar sana.

ibu yg hantar sndiri ank² solat jumaat, tangan kecil abg pimpin adik mlangkah masjid. Sy igt lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang